14 February 2012

Cemburuku

Aku pernah berkata untuk cuba elakkan dari bersuara...

Sembunyikankan segala perasaan cemburu ku itu, 

tapi aku tak dapat nak elakkannya lalu ku tertewas...

Aku ingatkan perangai cepat panas baran aku yang 

memganas dulu itu sudah lama tertanam,

rupanya masih ada lagi..

Berlaku sedikit pertengkaran di antara kita 

membuahkan malang...Kau, tak dapat

menerima pertanyaan demi pertanyaan dari ku...

Katamu, aku terlalu cemburu. 

Bagaimana aku tidak merasa cemburu jika 

kau dengan dia mesra terserlah...

engkau kata dia hanya kawan biasa, 

tapi mengapa kau dan dia sibuk menerbangkan

kiriman kata-kata..??

Ah... disebabkan ini, 2 hari hidupku berubah

"malam menjadi siang. siang menjadi malam" 

memikirkannya..!

Aku tak akan merasa cemburu jika aku 

tidak menyayangimu...jika aku berbuat sebegitu, 

adakah engkau juga akan cemburu...???

Inilah sebab mengapa aku malas untuk bercinta 

kerana mesti berjumpa dengan kecemburuan..!

Apa yang patut aku lakukan ?

Apakah ini sebahagian dari dugaan percintaan kita ?

Atau aku kena bersikap lebih matang 

dan terbuka dengan mu ?



JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v

Comments
0 Comments

0 Pengomen Terbaik:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda DI Sini







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;