19 February 2012

Sepi Menemani


Bertuturlah naluri di hati
Lalu ku ubah menjadi puisi
Seribu sesalan di peluk sepi
Dan kini ku masih sendiri....

Aku seorang pujangga sepi
Di ulit mimpi di siang hari
Dan malam pun menyusuri
Mencari penawar seribu erti....

Bila aku sendirian berjuta perasaan mengcengkam
Ku cuba lari dari kenyataan namun tewas di himpit ilusi
Kadang kala dalam jiwa cuba meminta simpati
Kerana sinar bahagia yang ku cari cuba untuk lari....

Dan bila sepi bersemi di saat aku sendiri
Laluku cuba untuk berkhayal bercinta
Di dalam dunia fantasi
Bersama dengan gadis misteri
Yang aku sendiri tidak pernah kenali

Aku akan cuba untuk menanti sehingga
Menemui segaris sinar mentari berseri-seri bak 
Cahaya pelangi
Agar hilang segala sedih dan sepi
Yang telah kian lama menemani diri ini...

AKU pasti.....
MERASAI....
Cuma mungkin takdir belum mengizini
Atau pun masanya belum tiba lagi...

Terima Kasih SEPI menemani diriku selama ini
Saat nanti aku telah melupai
Pasti aku akan kembali 
Andai hati ini ingin bersendiri
Lagi....
Kita akan bertemu,,,PASTI...




JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v

Comments
2 Comments

2 Pengomen Terbaik:

أم عطية said... BALAS

man.... napa juak pujangga terus nie.... sedih geng....

Aman said... BALAS

@أم عطية aku kan forever alone...kena la berpujangga...napa plak ko yg sedih..?? terasa ka..?

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda DI Sini







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;