22 March 2012

Dalam Diam Ada Rindu

Dalam diam ada rindu
Tersemai indah dalam hati,
Mengayam alunan rasa kasih,
Biar jauh jarak menghalang,
Sesekali hadirmu bertandang,
Hulurkan canda tawa, 
senyuman ilusi, gurauan senda,
Hatiku, gembira riang. 


Dalam diam ada rindu
Membisik di lubuk kalbu,
Tak dapat disembunyikan,
Kepura-puraan kelihatan
Menjelma secara tiba-tiba,
Bernyanyi, berbisik, menggoda,
Ciptakan sebaris kata, 
untuk diluangkan kepadamu,
Ingin aku mendekatimu.


Dalam diam ada rindu
Mengusap belaian manja, mesra,
Terleka seketika, diriku seperti dibuai,
Alunan lagu balada semalam,
Lahirkan tarian duka penuh syahdu,
Bulan yang terselindung, 
Malam yang semakin kelam.


Dalam diam ada rindu
Riangnya mengalun, bersyair tenang,
Mengukir senyuman serta kemesraan,
Aku pun ingin menapak bersama,
Melupuskan kehampaan kenangan lara
Terasa ingin melukiskan keriangan,
Mengecap kebahagian seperti dahulu.


Dalam diam ada rindu
Mekar mewangi lakar kenangan,
Menjelang bahagia dan duka,
Pasti kita akan harungi bersama,
Aku Jatuh, kau bangunkan,
Kau jatuh, Aku pimpinkan,
kita bangun bersama,
Mengenggam erat sinar kebahagian,
Kasih dan sayang, terikat padu.


JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v

Comments
6 Comments

6 Pengomen Terbaik:

Lea Comei said... BALAS

amboi jiwangnyee..buat sndri ke puisi ni? (puisi ke?)hehe

Cik Adieb said... BALAS

Puisi atau lagu?Khas utk seseorg? :D

Aman™® said... BALAS

hihi...bukan jiwang tapi jiwa kesasteraan la...William Shakespeare ajar tadi...lalala

Aman™® said... BALAS

@Cik Adieb hihi...ini bukan lagu la...utk seseoang..?? hihi..

shadhira said... BALAS

senyum tak perlu kata apa2..

Aman™® said... BALAS

@shadhira senyum je bukan nak bayar tol pun...hihi

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda DI Sini







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;