19 March 2012

Hadirmu

Hadirmu...
Menyapaku yang sedang bermimpi,
Berbicara bersama sulaman kata manis,
Terlena kamar hati, terbang ke fantasi,
Bagaikan sebaris lagu mengasyikkan,
Terlena, jua gembira,
Riang bersama perasaan,
Mendamaikan Kenangan luka.


Hadirmu...
Tidak Pernah Terduga, ku pinta,
Namun, tak mungkin laungkan "tidak",
Aku tidak berdaya, tak berkuasa,
Begitu Jua pasrah padaMU,
Cuba bukakan pintu hati terkunci,
Menerima dengan tabah
Pasti ku cuba, Mengalah hapuskan.


Hadirmu...
Umpama duri-duri gerimis mendatang,
Pedih terasa seperti tercucuk,
Namun, tak perlu resah gelisah,
Berhati gundah, atau melara kecewa,
Hidup, itu adalah perjuangan,
Hari tolak hari, melalui perjuangan,
Aturkan Langkah, segera.


Hadirmu...
Rehda menerima dan pasrah,
Tetapi, rasa bersyukurku bercambah,
Kerana kutahu, ujian ini daripadaNya,
Tak perlu berduka, berhiba, bersedih
Semuanya sementara cuma,
Kembara ini ada destinasi serta noktah.


Hadirmu…
Aku dipeluk, di sapa kerinduan,
Ingin kembali sembuh, pulih semula,
Bagaikan menanti suatu keajaiban,
Tersirna, berakhirnya penantian,
Namun kepadaMu, aku memohon doa,
Lindungi aku, rahmati aku, Ya Allah.
JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v

Comments
2 Comments

2 Pengomen Terbaik:

shadhira said... BALAS

Allah.. man tujukan kat kekasih man ke ni?..hehe

Aman™® said... BALAS

@shadhiraya....untuk awak...hihi

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda DI Sini







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;