17 March 2012

Ya, Sungguh Aku

Bibir hanya mampu tersenyum.
Mungkin sekadar yang biasa dijemput.
Dari hambar masa yang kudakap.
Menghirup bahang teh yang tawar
Menghalau dingin yang berderau 
Menjadi titik-titik peristiwa yang kudakap
Malam ini, di kota ini, sendiri. 
Di balik ketika yang pernah berlalu
Aku terpenjara sendiri dari nya.
Aku kah watak yang berperanan?
Atau penghias pentas yang tersisa?
Yang ku pasti sangat mengharap.
Hingga tangan ini alpa pada mereka.
Menjadi titik-titik peristiwa yang kudakap
Kuharap ia bersendi esok nanti
Agar lusa  malam ini berakhir.
Biar ia berlalu tanpa kusedari
Jangan ia dahulu tanpa ku lewati. 


JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v

Comments
3 Comments

3 Pengomen Terbaik:

shadhira said... BALAS

ouh... kamu,,,
<--- mmg tabik spring lah.. dh boleh jadi a.samad said versi org muda dah nih.. huhu

Aman™® said... BALAS

@shadhirahahaha....ada2 je awak nie...

shadhira said... BALAS

@Aman™® ya, dhira ada kat sini. lalalala

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda DI Sini







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;