31 May 2012

Bukan Milik ku



Bunga mekar bermusim tapi tak mungkin pada mekar cintaku. Selalu membayangkan kau mekar di hati ku tanpa adanya musim yang sentiasa mekar mewangi dan warnanya indah melukiskan rasa kasih yang mesra yang takkan layu kerana kau akanku jadikan penghias sebuah taman sepi di hati. Cintaku ada padamu cinta yang ikhlas tanpa paksaan serta bukan gurauan semata-mata mahu pun pada impian semusim, kupastikan ia mekar sentiasa yang menjadi musim abadi.

Saat aku bermmpi selalu membayangkan mengecapi nikmat rindu tatap wajahmu sepanjang malamku. Matahari yang sentiasa memberi sinar meskipun siang ataupun malam dan walaupun malam terhalang oleh bulan namun ketahuilah bulan itu tidak mempunyai sumber cahaya sendiri tetapi cahaya itu sebenarnya berasal dari pantulan cahaya matahari. Aku akan cuba untuk menjadi  seumpama seperti matahari yang tak jemu untuk memberikan cahaya bahagia. Jika dalam sehari matahari dan bulan tidak kelihatan itu bermakna aku tengah berehat melepaskan penat.

Seakan malam ku bagaikan salju kini membeku di hati yang merindu. Lenaku tak terasa hingga siang ku terjaga dan badai yang menderu di angin dukaku namun ku pendamkan jua walaupun pedih terasa, selangkah kembara demi selangkah membuahkan langkah yang membara. Aku sendiri tidak mengerti apakah cerita ini, terukir sendiri cerita berillusi. Mencari erti impian dan harapan ini selalu asyik di kemelut naluriku yang hanya di mengerti menanti dalam rindu padamu.

Sejak dari dahulu lagi aku terlanjur mencintaimu, selalu mendengar suaramu dan sejak mengenalimu aku selalu menulis kata-kata pujangga untuk menghiasi hati ku sendiri. Walaupun ku cuba untuk terus mendekatimu namun ku tahu penghujungnya, kesudahannya yang aku akan tertewas kerna kita tak serupa. Dirimu hanya mampu ku pandang dari belakang dan mungkin untuk selama-lamanya aku akan memandangmu dari belakang kerana bila berhadapan dengan mu, hati sakit teramat sakit.

Engkau aku umpamakan seperti sekuntum bunga larangan di mana tidak akan tercapai dengan tangan dan untuk menyentuh mu seakan ada duri bisa yang menghalang. Ya, mungkin silap aku juga kerana terlanjur mencintaimu, tidak pantas merinduimu, tidak layak untuk memilikimu, seharusnya aku mencerminkan diri sebelum mengintaimu. Ketahuilah Jikalau ku tidak peduli tentang dirimu itu bukan maksudku ingin melupakan ataupun membencimu tetapi itu kerana aku tengah merawat hati sendiri, hati yang lara.  

Maafkan aku kerana terpaksa memendam rasa selama ini. Andainya awak tahu ianya bukanlah sesuatu yang mudah dan ianya amat sukar untuk tersenyum seolah-olah aku redha dengan semuanya tetapi aku harus tegarkan hati untuk terus melalui semua ini, aku harus terus melawan rasa yang ada dihati ini. Kadang-kadang saya rasa tak kuat sangat untuk terus berpura-pura. Menyedari aku bukan sempurna, bukanlah juga menjadi pilihan utama tapi awak harus tahu, aku akan sentiasa ada untuk memastikan awak bahagia walaupun terkadang aku leka dan alpa dengan kesilapan yang tak terduga tanpa tidak sengaja.

Biarpun kehadiranku serta kewujudan aku tidak nampak di matamu tapi aku senang andai awak bisa terus tersenyum. Aku berharap suatu hari nanti dapat menemui seseorang yang akan buatkan aku lupa tentangmu. Mencuba riang dan senang bila awak tersenyum meskipun senyuman itu berpunca daripada dia, ya memaksa faham dan memahami kenapa awak memilih dia, kerana kehadirannya lebih bermakna. Seperti awak menyayangi dia, seperti itu aku menyayangi mu bezanya, dia juga menyayangi mu dan aku, hanya aku, diri aku, hati aku, serta dunia aku.

Maafkan aku sekiranya suatu hari nanti aku tidak lagi mampu teruskan memendam rasa ini untukmu, aku tak nak terus berharap kerana aku bimbang, aku akan terus di lamun kekecewaan. Cuma aku berharap masih bisa untuk terus mendengar suaramu dan melihat senyumanmu kerana dengan cara itu sahaja ia dapat mengubati rasa rindu ini. Semoga kamu menemui kebahagiaanmu dan semoga sahaja aku juga terus tabah dan menemui kebahagiaan sendiri.

Apalah dayaku jika engkau tidak menghargai, apalah daya aku hanya menumpang di sudut hati, apakan daya percintaanku ini tak akan pernah terjadi, apalah dayaku jika orang tak sudi. Mencintai dan merindui seseorang dalam diam hidup bagaikan seperti sampan hanyut di dalam lautan sepi terumbang-ambing dipukul ombak yang tinggi lemas sendiri menanggung rindu. Sungguh terasa sepi tanpa kehadiran cinta bagai malam tanpa cahaya. Aku menyedari siapa diriku hanya bayang-bayang di matamu tiba masanya terpaksa jua ku membawa diri dan lebih baik aku pergi. Undurkan langkah untuk melihat kau bahagia jika jodoh kita bersama tak akan ke mana dan jikalau telah tersurat awak jadi milikku tiada siapa yang dapat menghalang kenyataan itu.


Kau bukan milikku, ku tahu kenyataannya
Namun dalam hati ini dah tertulis namamu
Mana mungkin aku mampu padamkan
coretan namamu dihatiku
Pedihnya sekadar menjadi penyinta bisu,
Lebih pedih mengetahui kau milik seseorang
Hatimu tak mungkin dapat kutakluki
Menghantui hidupku dengan bayanganmu
Mengganggu dalam kotak ingatanku
Aku nanti saat melangkah jauh
Walaupun hidupku bakal bergelap tanpa dirimu
Tapi biarlah...
Daripada aku terus berendam air mata
Daripada aku terus bermandi sakit hati
Daripada aku terus berjemur pengharapan
Sesuatu yang memang pasti bukan milikku
Takkan pernah jadi milikku
Selamanya...
Maafkanlah aku kerana menyayangi insan sepertimu
Maafkan aku kerana terlalu mengimpikan
Dirimu jadi milikku…
Moga kau bahagia bersamanya…
Selamanya…



JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v

Comments
4 Comments

4 Pengomen Terbaik:

salmah_ahsan said... BALAS

buat novel la man~ hukhuk

Aman™® said... BALAS

@salmah_ahsan buat novel..??? hahaha...tak pandai..hukhuk

Irah said... BALAS

jiwangnye..takot nak baca...ehehe

Aman™® said... BALAS

@Irah jgn baca kalo takut...nnt awak kena histeria...hehe

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda DI Sini







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;