30 September 2012 0 Pengomen Terbaik

Hampa Ku Rasa




Assalammualaikum...

Lama tak menconteng dalam blog nie disebabkan busy yang teramat. Hari ini nak update pun sebab ada masa yang sesuai lagi pun bosan entah nak buat. Lagi pun saya nak meluahkan sesuatu yang menyiksa hati saya dalam beberapa hari ni. Kekusutan melanda dalam fikiran hingga tanpa ku sedari air mata membasahi pipiku lalu ku mencari tempat yang tenang untuk menenangkan fikiran. 

Air mata ini menyedarkanku dari bermimpi yang awak takkan pernah menjadi milikku. Tidak pernah ku mengerti dan memahami saya segila dan sebodoh ini yang saya hidup gembira untukmu dan hidup derita kerana kesilapanku sendiri.

Semalam saya kerja pagi dan akan balik kerja pukul 3pm. Dia dan saya sudah berjanji untuk keluar hari ini tapi tanpa tidak disangka Janji itu tinggal mimpi ngeri apabila dia pergi untuk berjumpa dengan seseorang yang istimewa dalam hidupnya. Tapi sebelum itu, saya dan dia sempat ke KL Sentral untuk beli tiket ETS ke ipoh. 

Dengan hati yang sakit, saya mencuba untuk melafazkan untuk dia berlalu pergi berjumpa dengannya meskipun hati saya sendiri disakiti. Saat dia berlalu pergi, saya cuba untuk menoleh ke belakang namun dia tetap berlalu pergi, sungguh hampa ku rasa. Mengapa kau pergi tinggalkan ku sendiri?.

Dengan fikiran yang kusut, jiwa tak tenteram, hati menangis, badan lemah serasa hampir terduduk di khalayak orang ramai mujurlah saya kuatkan hati untuk melawan segalanya, dengan pelahan-lahan saya cuba untuk melangkahkan kaki untuk naik ke tingkat dua melihat permandangan hotel hilton dan hotel meridien ditemani dengan asap rokok yang ku nikmati sambil memujuk hatiku sendiri. 

Hampir setengah jam menenangkan fikiran meskipun tak sepenuhnya pulih, saya patah balik kembali ke tempat kerja untuk tukar pakaian kerana masa saya ke KL Sentral dengan dia saya pakai pakaian kerja dan kasut kerja. Lepas itu, saya terpaksa kembali ke KL Sentral semula naik tren KTM untuk pulang ke rumah. 

Semasa dalam tren sekali lagi saya dirundung kelukaan memikirkan segalanya. Sungguh banyak janji yang awak semai kepadaku tapi semuanya cuma ku dengar bukan ku rasa. Adakah awak lupa atau sengaja melupakan, perlukah saya mengingatkan semula semua janji-janji yang awak cipta kepadamu? Perlukah saya memaksa serta merayu untuk awak melaksanakan semua janji-janji mu?.

Sampai bilakah diriku berterusan berharap janji – janji itu sehinggakan jiwaku sejuk membeku menanti malah setiap hari ku rasa gelisah terhimpun kesedihan di dada hingga terluka tersiksa di hatiku. Aku menangih janji dari mu tapi mengapa mesti kau mungkiri? sehingga diriku merana tanpa siapa pun peduli. Ya, aku tetap menagih janji darimu.

Inginku kembali ke jalan yang asal di mana saya bermula tapi sudah tersesat dipertengahan jalan, PENAT..! TAKUT..! LELAH..! tidak ingin lagi teruskan pencarian ini kerana saya yakin akan membuahkan sia-sia, penuh pengharapan akan ada seseorang untuk menghulurkan tangan agar saya tak tenggelam dalam kolam kegelapan. 

Kini dibelenggu sepi banyak persoalan yang hadir hinggakan tidur dan mimpi diranjang duri, mengunyah peristiwa, menelan duka, menghirup kenyataan penuh siksa sehingga hancur berkecai perasaanku tidak tertahan setelah ku sedari apa yang telah berlaku. Tak sanggup rasanya begini, takut bersendirian. Hanya kepadamu Tuhan kuserahkan segalanya harapan.


Ketika biasa itu telah kau coretkan pada jiwa,
Sebuah tempat indah tersedia untukmu di sana
Dan ketika rasa itu telah kubagikan padamu sebahagiannya...
Kau pun berlalu tanpa menimbang rasa...
Kini ...
Aku pun hanya bisa memandangmu penuh kecewa...
Tertunduk diri ini di tengah duka yang tercipta,
Sungguh ...
Betapa selama ini,
aku telah bermain dengan perasaan sendiri...
Harus ...
Berhati-hati dalam bermain perasaan
Agar kecewa itu tak bertandang menghampiri  jiwa.


JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;