27 February 2012 9 Pengomen Terbaik

History Of Anime



Anime (bahasa Jepun: アニメ) merupakan animasi yang berasal dari Jepun. Anime bagaikan gambar manga (komik Jepun) yang bergerak. 

     Perkataan Anime dijadikan melalui perkataan inggeris animation. Pada tahun 1960-an, orang Jepun membacakan animation sebagai a-ni-me-syun. Disebabkan kebiasaan tatabahasa Jepun untuk membuang "syun" dari perkataan pinjaman bahasa inggeris (contoh: Television menjadi Terebisyun dan dipendekkan ke Terebi sahaja), maka mereka mula memanggilnya Anime. Dari sinilah, perkataan anime dilahirkan, dan digunakan sehingga hari ini di Jepun dan seluruh dunia.

     Sejarah anime bermulanya seawal tahun 1907. Namun, pada masa itu animasi di Jepun hanyalah terhad kepada beberapa orang, kerana masa itu animasi tidak sepopular sekarang.

GENERASI PERTAMA ANIME

      Pada tahun 1910-1920an, animator untuk anime termasuk Shimokawa Oten, Kouchi Jun'ichi, Kitayama Seitaro. Tidak banyak pembuatan dari generasi ini yang masih terdapat di dunia sehingga kini. Kebanyakannya telah dihapuskan, hilang, dilesen oleh pihak pawagam atau lain-lain.

GENERASI KEDUA ANIME

     Murato Yosuji, Kimura Hakuzan, Yamamoto Sanae and Ofuji Noboro merupakan anak murid kepda Kitayama Seitaro dan telah banyak berkerja di studio beliau. Masaoka Kenzo, seorang lagi animator, memulakan studio yang lebih kecil. Pada tahun 1923, gempa bumi besar Kanto (Great Kantō earthquake) telah memusnahkan studio milik Kitayama dan animator yang terselamat telah memulakan studio animasi mereka sendiri.

   Juga pada masa itu, undang-undang untuk melindungi remaja diperkenalkan, dan ini telah mengakibatkan pelbagai animasi yang awal ditapis untuk disesuaikan dengan tontonan remaja/kanak-kanak yang di bawah umur 15 tahun. Pada tahun 1918, sebuah anime yang dipanggil Momotaro (Peach Boy) telah dibuat dengan menggunakan kisah tempatan Jepun. Terdapat juga banyak siri-siri wayang yang dikisahkan menggunakan anime tersebut pada tahun 1920an, 1930an dan 1940an. Pada Perang Dunia Kedua, Anime bermasa pendek yang pertama telah dilahirkan dan diberi nama: Divine Sea Warriors (1945). Oleh kerana peperangan yang berlaku tidak berhenti-henti di Jepun pada masa itu, animasi tidak lagi dibuat dalam skala yang besar, sehinggalah Toei Animation dilahirkan.

BERMULANYA POPULARITI ANIME DI SELURUH DUNIA

     Selain daripada Toei Animation yang telah membuat debut pada tahun 1956, sebuah lagi syarikat anime yang besar dilahirkan pada masa tersebut: Mushi Productions. Syarikat tersebut dimulakan oleh Osamu Tezuka, yang juga merupakan orang yang membuat anime pertama yang mendapat sambutan yang hangat di Jepun dan seluruh dunia, Astro Boy (Tetsuwan Atomu). Tetapi, akibat perbelanjaan yang terlalu tinggi, Mushi Productions jatuh bankrup, dan animator dalam syarikat ini pula mula mendirikan syarikat anime sendiri, seperti Sunrise dan MadHouse Production.
    Anime seperti Akira (1988) dan Wings of Honneamise (1987) tidak begitu laris di Jepun, tetapi mendapat sambutan yang hangat di Amerika Syarikat. Keluaran Studio Ghibli, seperti Kiki's Delivery Service (1989), karya Hayao Miyazaki pada masa itu, menjadi salah satu kemestian para peminat anime. Contoh karya Hayao Miyazaki yang paling mendapat sambutan ialah filem anime Spirited Away. Anime ini pernah memenangi anugerah Best Animated Feature di Academy Award. Anime Spirited Away juga pernah ditayangkan di Malaysia pada 2002.

ANIME DI MALAYSIA

     Anime yang awal seperti Doraemon telah mendapat sambutan yang baik semenjak awal 1990an, sewaktu disiarkan di RTM (sekarang disiarkan di ntv7).TV3 dan ntv7 meneruskan kegemilangan anime di TV Malaysia dengan menyiarkan Cardcaptor Sakura, Slam Dunk dan Crayon Shin-chan sekitar tahun 2000. Sehingga kini, masih terdapat pelbagai Anime disiarkan di televisyen Malaysia, seperti Naruto (2003) di TV3 dan Gundam Seed di TV2. Kebanyakan siri-siri anime dialih suara ke Bahasa Melayu oleh Syarikat Filem Karya Nusa di Malaysia sini. Terdapat juga anime terdapat di Malaysia, yang tidak terdapat di negara-negara barat, seperti Hatsumei Boy Kanipan, Mirmo Zibang, dan lain-lain.Terdapat sebuah majalah anime tempatan iaituMajalah Starz.
   Kini anime di Malaysia boleh dikatakan telah memecahkan populariti animasi-animasi dari Amerika Syarikat. Sejak 31 Ogos 2006, syarikat televisyen tempatan, Astro, telah menambah sebuah saluran khas, saluran 715, iaitu Animax, khas untuk rancangan anime.
Pada 3 Januari 2007, NTV7 telah memperkenalkan slot midnight anime yang menayangkan anime seperti Trinity Blood dan Shakugan no Shana dalam bahasa asalnya dengan sarikata bahasa Melayu. Anime ini ditayangkan setiap hari Rabu hingga Jumaat pada pukul 12.15 tengah malam.

GENRE ANIME
  1. Bishoujo - (  "beautiful young girl" )
  2. Bishonen - ( "beautiful youth (boy)" )
  3. Ecchi - (  "dirty", "naughty", "frivolous" )
  4. Hentai - (  "pervert" or "weirdo" )
  5. Josei - (  "woman", "female", "feminine", "womanhood" )
  6. Kodomo - ( "children's anime" )
  7. Mecha -  (  "bipedal, robot" )
  8. Moe - ( "expand, grow up" )
  9. Progressive - (  "auteuristic" )
  10. Seinen - ( "adult" )
  11. Sentai/Super Sentai - ( "superhero" )
  12. Shojo - ( "melodrama " )
  13. Moho-Shojo - ( "witch girl" )
  14. Shojo-ai - (  "girl love" )
  15. Shonen - ( "young man" )
  16. Shonen-ai - (  "boy" and "love" )

SENARAI ANIME YANG TELAH ATAU SEDANG DITAYANGKAN DI MALAYSIA
  1. Air Gear
  2. Angelic Layer
  3. Astro Boy
  4. Atashinchi
  5. Bakugan Battle Brawlers
  6. Bakugan Battle Brawlers: New Vestroia
  7. Basilisk
  8. Battle B-Daman
  9. Beyblade
  10. Bleach
  11. Blue Dragon
  12. Captain Kuppa
  13. Captain Tsubasa
  14. Cardcaptor Sakura
  15. Chibi Maruko-chan
  16. Cho Hatsumei Boy Kanipan
  17. Cooking Master Boy
  18. Crayon Shin Chan
  19. Crush Gear Turbo
  20. Cyborg 009
  21. Daigunder
  22. Dear Boys
  23. Detective Conan
  24. Digimon Adventure
  25. Digimon 02
  26. Digimon Tamers
  27. Digimon Savers
  28. Dinosaur King
  29. Doraemon
  30. Dr.Slump
  31. Dragon Ball
  32. Dragon Ball Z
  33. Dragon Ball Z Kai
  34. Dragon Ball GT
  35. Duel Masters
  36. D.I.C.E
  37. Fruits Basket
  38. Fate/Stay Night
  39. Fullmetal Alchemist
  40. Gatchaman
  41. Genesis Climber Mospeada
  42. Gensomaden Saiyuki
  43. Get Backers
  44. Gintama
  45. Gordian
  46. Great Teacher Onizuka (GTO)
  47. Grander Musashi
  48. Gundam Wing
  49. Gundam Seed
  50. Gundam Seed Destiny
  51. Gundam 00
  52. Gun X Sword
  53. Hamtaro
  54. Haruhi Suzumiya
  55. Hatsumei Boy Kanipan
  56. Hunter X Hunter
  57. Inazuma Eleven
  58. Initial D
  59. Inuyasha
  60. Jigoku Shoujo
  61. Jubei Chan
  62. Kasumin
  63. Katekyo Hitman Reborn
  64. Kekkaishi
  65. Keroro Gunso
  66. Kiba
  67. Kiteretsu
  68. Kochikame
  69. Lost Universe
  70. Magical Girl Lyrical Nanoha
  71. Magical Girl Lyrical Nanoha A’s
  72. Mahou Sensei Negima!
  73. MÄR
  74. Medabots
  75. Microman
  76. Mirmo Zibang
  77. Mon Colle Knight
  78. Monkey Typhoon
  79. Moon Guardian
  80. Mushrambo
  81. My Life as a Teenage Robot
  82. Naruto
  83. Ninja Boy
  84. Ninja Hattori
  85. One Piece
  86. Parman
  87. Petite Princess Yucie
  88. Pichi Pichi Pitch
  89. Planet Survival
  90. Pokemon
  91. Power Puff Girls Z
  92. Power Stone
  93. Pretty Cure
  94. Prince of Tennis
  95. Princess 9
  96. Ragnarok the Animation
  97. Ranma ½
  98. Rocket Kidz (Genki Bakuhatsu Ganbaruger)
  99. Rurouni Kenshin
  100. Sailormoon
  101. Sakura Wars
  102. Samurai 7
  103. School Rumble
  104. Secret of Akko Chan
  105. Shakugan no Shana
  106. Shaman King
  107. Shounen Onmyouji
  108. Slam Dunk
  109. Slayers
  110. Sonic X
  111. Sousei no Aquarion
  112. Star Ocean EX
  113. Sugar Sugar Rune
  114. Super Doll Licca
  115. Super Yoyo
  116. Transformers
  117. Taekwonkid typhoon kang
  118. Trinity Blood
  119. Tsubasa: Reservoir Chronicle
  120. Tsurupika Hagemaru
  121. Ueki no Hosoku
  122. UFO Baby
  123. Uniminipet
  124. Viewtiful Joe
  125. Yakitate Japan
  126. You're Under Arrest
  127. Yu-Gi-Oh!
  128. Zero Tester
  129. Zoids
  130. Zoids Genesis
  131. Zoids Fuzors

JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v

26 February 2012 1 Pengomen Terbaik

Tiada Bicara

Tiada bicara,
Tak terungkap dengan sepatah kata,
Entah bagaimana hendak mula,
Kiri atau kanan kah permulaan langkah,
Jari tersekat ingin mencoretkan nota,
Hingga menyesakkan dada,
Bersama sumbangnya nada,
Mengapa mesti ada sandiwara,
Terukir saat ku melukiskan setia.?


Tiada bicara,
Aku di sini, engkau di sana,
Perlukah ada diam seribu bahasa,
Antara kita,? tersiksa, kejamnya,
Hanya sepi mengerti seribu luka,
Nyatakan jika ada silap salah.
Bukan seperti berpaling muka.
Izinkanlah untuk mengetahui punca,
Hati lega, mencari jalan penyelesaiannya.


Tiada bicara,
Jika begini, hadirkah bahagia,?
mengetepikan insan tertanya-tanya
Menunggu dari masa ke masa,
Berpisahkah,? terpisahkah,?
Tanpa Luahan sebutir kata,
Beginikah penamatnya cerita,
Terpaksa, rela, ia berbeza,
Hilang sudahkah ukiran memori indah,
Usah tergamak meniup duka
Melara, kecewa, merana pedih terasa,
Jelmalah walau hanya seketika, 
Payungkan gelisah dengan canda tawa.


Tiada bicara,
Menaip sehuruf malahirkan kata,
Ingin sekali mengungkap kata
Yang terkeluh di lidah,
Marilah sayang, marilah cinta,
Bersama cipta lingkaran bahagia,
Sempadan antara kita berdua,
menyerikan selama-lamanya....


JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v







Blogged.my Checkpagerank.net Blogged.my blogr.my My Ping in TotalPing.com My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Ping your blog, website, or RSS feed for Free
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;