03 January 2013 4 Pengomen Terbaik

Rintihan Rinduku



Hari ini saya merasa gembira sangat setelah dekat 2 bulan tak bertegur sapa antara satu sama lain (krisis rumah tangga) haha...akhirnya kami kembali baik seperti dulu tapi entah sampai bila bertahan kerna saya pasti suatu hari nanti pasti akan bergaduh lagi. sudah menjadi lumrah kisah kami begitu selalu bertengkar tapi lepas tue okayyy balik...dalam 1 perhubungan kadang kala kita perlu bertengkar kerana pertengkaran sebenarnya merupakan proses di mana kita akan cuba untuk menyatukan cita rasa, tujuan, keinginan, cara hidup mengikut kehendak ,dan  kita akan belajar mencari di mana kesilapan yang kita lakukan dan yang paling penting dapat menjadikan hubungan itu semakin romantik sebab akan adanya pujuk - memujuk, rayu – merayu dan rindu - merindu...hahaha x boleh blah...

Ok..! apa pun hari ini saya sangat gembira sebab sepanjang tidak bertegur sapa, walaupun 1 tempat keja di mana kami kena berkomunikasi antara satu sama lain sebab kami saling memerlukan untuk menjayakan sesuatu kerja tapi ini tidak...peduli lah..! buat kerja masing-masing ( macam alien dengan manusia )contoh lah katakan...haha...~dia alien SAYA manusia...wakakaka...sepanjang tidak bertegur sapa tue saya terpaksa menjalankan kehidupan keseorangan...saya rindu sangat – sangat dengan dia...rindu nak bermanja dengan dia, rindu nak bergurau senda, rindu nak dengar gelak ketawanya, rindu nak marah – marah sayang, yang paling rindu adalah dia lah tempat saya mengadu segala perasaan sedih mahu pun gembira...oppss..! terlupa plak..ada lagi yang paling saya rindu adalah saat gigit dan tampar dia....!! hahaha.. da macam dracula plak main gigit-gigit...ok lupakan..!

Betapa peritnya dan sengsaranya sepanjang saya menjalankan kehidupan di kala sendiri, keseorangan. Segala kenangan bersama kala dulu semuanya menjelma kala sendirian membuat hati sebak dan tanpa di sedari kadang kala air mata menitis sebab terlalu rindu yang teramat...secara jujurnya hidupku seakan tak bererti dan tak sempurna tanpa kehadiranmu di sisi ku untuk menemani, umpama makan makanan yang tanpa rasa, tak pun seperti minum kopi yang tanpa gula...hahaha....Tapi, walaupun kita bersama masa itu, entah mengapa saya menjadi stalker yang terhebat (TERUK) haha... kadang–kadang pergi selongkar handbag la, selongkar baju kerja la, ini lah, boleh dikatakan nak tahu semua setiap yang awak lakukan. Bila dah tak dapat tahan rindu, kadang kala tatap gambar awak, peluk baju awak dan nak mimpikan awak.

Semakin ingin melupakan, semakin kuat perasaan sayang dan rindu betapa sukarnya saya nak melupakannya sampaikan saya rasa tak mampu untuk melawan segala perasaan yang bertandang. Tanpa dia di sisi, saya seakan hilang tempat bergantung. Kebiasaannya, kalau nak pergi makan, dia selalu menemani, nak buat sesuatu perkara yang saya tak mampu lakukan, dia sedia membantu dan yang yang paling sedih sekali untuk saya kenang iaitu semasa saya tengah sakit, dia akan ada di sisi ku, menjagaku..betapa terharunya hati. Semenjak dalam proses membawa haluan masing – masing tue, saya menghadapi semuanya dengan sendirian, pergi makan sendiri, nak pergi mana – mana pun sendiri dan bila sakit pula, apa lagi jagalah diri sendiri la nak buat macam mana, takkan panggil mak cik cina sebelah rumah nie tolong jagakan...hahaha

Ini adalah rahsia hatiku, sebenarnya saya takut untuk kehilangannya, saya takut akan terjadinya perpisahan antara kami sebab saya tak sanggup membiarkan segala kenangan yang di cipta memelukku dalam sepi dan akan menjadi mimpi ngeri suatu hari nanti. kerna dia seorang yang saya sangat – sangat sayang kalau boleh saya ingin habiskan segala sisa hidupku bersamanya hingga hujung nyawa, hingga saya menghembuskan nafas terakhir...pintu hati ini telah tertutup untuk orang lain kerna hanya dia sahaja yang bertahta di hati ini.

Tadi ajak dia makan sama – sama, sangatlah gembira hati ini dapat tengok dia depan mata, lama tak makan sama – sama dengan dia...rindu nak dia suapkan..hahaha...percayalah semua ini bukanlah hanya sekadar bermain kata – kata, ini lah yang ku alami selama ketiadaanmu di sisi. Entah mengapa bila saya bersamamu seakan tiada duka di hatiku, seakan kolam hatiku penuh dengan air kegembiraan. 


Didalam kerinduan bertandang...
hati yang kian mendalam...
Tak sanggup rasanya berjauhan...
Kau di sana, aku di sini...
Memendam perasaan...
Andainya berjauhan...
Dimana ku curahkan...
Hati merana, tak sanggup !
Awak..! ketahuilah awak...
hatiku di sini sentiasa mengintaimu...
Ku ingin memeluk dirimu...
Biar kerinduan terubat...



Vagetoz - Betapa Aku Mencintaimu

Inilah dia rintihan rinduku semenjak ketiadaanmu.
kbai...selamat malam
assalammualaikum wbt





JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;