27 March 2012

Kawan Yang Telah Pergi

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau ampunilah sahabatku ini , Naikkanlah darjatnya diantara orang yang mendapat hidayah dari Mu, Dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, Luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya...Seseungguhnya kepada Mu lah tempat kami memohon keampunan & keredhaan.

Hari ini hati sebak sangat-sangat bila mendengar berita bahawa kawan aku yang telah bersama aku selama 13 tahun dari sekolah rendah hinggalah sekarang telah pergi untuk selama-lamanya seakan aku tak percaya yang dia telah pergi tinggalkan dunia ini.

Itulah janji Allah yang pasti iaitu Mati Itu Benar. Apabila telah sampai masanya tidak akan di lewatkan atau di awalkan walau seminit. Aku telah kehilangan rakan rapat yang boleh di katakan berumur sebaya yang telah kembali menemui Penciptanya. Sudah bersediakah aku dalam mengikuti jejak kawan-kawan yang telah pergi terlebih awal?

Bila aku kenang semula segala kenangan aku dengan arwah terlalu banyak kenangan suka dan duka. Bila aku sedih dia la yang menghiburkan aku dengan lawak jenaka yang kadang kala kelihatan bodoh namun dia tetap buat aku ketawa.

Tanpa aku sedari aku telah menitiskan air mata tanpa ku sengaja. Tiada lagi gurauan senda, canda tawa, senyumanmu bila kita bersama. Masih aku teringat masa belajar dulu, masa tu aku bergaduh dengan orang lain, masa itu lah dia datang membantu aku, masa aku kelaparan, dia sanggup berkongsi walaupun sedikit, masa aku kesedihan dialah tempat aku mengadu.

Bertahun lama berkawan, kini hanya tinggal menjadi sejarah dan kenangan permergianmu hilang di mata seakan aku tak percaya. Dari masih kecil lagi aku telah mengenali arwah dan sekelas dengan dia hinggalah memasuki alam sekolah menengah aku masih sekelas dengan dia. tetapi selepas tingkatan 4 dia telah tukar sekolah ke SMK Teknik dan masa tu aku dengan dia berpisah dan bila aku dapat tawaran untuk menyambung pelajaran ke Politeknik Kota kinabalu, sekali lagi aku ditakdirkan untuk bersama dia. Masa itu aku memang gembira sangat-sangat, biasa lah sudahla aku tak kenal siapa-siapa masa tu nasib la dia ada.

Sejak itu aku dan arwah selalu bersama-sama melakarkan kenangan yang tak mungkin aku lupa kerana terlalu banyak hinggakan air mata berlinangan bila mengenangkan  Dan mungkin bila aku terkenangkan lagu yang pernah kita nyanyi bersama-sama dulu. Lagu itu akan ku dengar bila aku terasa merindukanmu sahabat.

Dan segala memori  bersama-samanya pun kembali satu per satu. Aku rasa terkilan dan sesal. Kenapa? Sebab aku rasa inisiatif aku untuk kembali berhubung dengannya selepas tamat Politeknik. Dan aku terlewat tahu akan pemergian seorang sahabat & seorang teman yang sangat baik budi pekertinya. Mungkin aku sudah terlambat tahu, tapi aku mengharap agar Al-Fatihah ku ini masih belum terlambat sampai kepada arwah, Andika.

Arwah akan aku semadikan di dalam hati dan ingatan sahabat...semoga arwah tenang disisi-Nya. Apa yang aku termampu hadiahkan segulung doa untukm arwah dari kejauhan.

Al-Fatihah buatmu sahabat, Andika...




JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v

Comments
2 Comments

2 Pengomen Terbaik:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda DI Sini







Blogged.my Checkpagerank.net Blogged.my blogr.my My Ping in TotalPing.com My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Ping your blog, website, or RSS feed for Free
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;