21 April 2012 0 Pengomen Terbaik

Cuti Yang Bosan



Assalammualaikum dan salam sejahtera

Hari ini cuti aku macam tiada erti sebab asyik meniarap macam biawak jer pastu berhadapan dengan laptop sambil ditemani dengan milo panas dan Oat Krunch...huhu. Aktiviti yang aku lakukan hari nie 

Cuci Baju

Masak

Kemas Bilik

Dan edit video di windows movie maker untuk di upload ke you tube

Facebook dan twitter hanya di pandang sebelah mata jer hari nie, entahlah takde mood nak mencarut..hehe..nak jalan takde plak nak temankan, nak tengok movie takde plak cerita best, arrgghhh...hahaha....tetibe..ok la malas nak mencarut panjang2 secara kesimpulannya cutiku hari ini seakan tidak bererti...huhu...bye~~~


JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v

0 Pengomen Terbaik

Aku Tekanan




Assalammualaikum dan salam sejahtera

Dah seminggu rasanya tak update blog yang tak seberapa nie. bukan apa, dalam beberapa minggu nie aku di landa taufan kesibukan dengan kerja yang banyak dan sangat2 banyak. 


Habis kerja jer terus tidur, bangun tidur jer terus pergi kerja...hahaha...bagaikan hidup ini tiada keistimewaannya...huhu...maklum lah penat..!! Alangkah indahnya ada orang yang sudi tolong urut badanku  nie...hahaha...mencarut

Baru2 nie di tambah lagi dengan masalah peribadi yang membuat otak runsing dan perassan yang asyik tak menentu disebabkan aku telah bergaduh dengan rakan sekerja. memang hati membara kemarahan dengan dia, nasiblah dia perempuan kalau lelaki, dah lama aku bantai. Aku kena tampar....!! hehehe


Sebenarnya sebelum bergaduh tue, aku dengan dia tengah bergurau senda, alah biasa lah kawan2 kan main2 tetapi tanpa disedari dia tiba2 tamparnya aku. Kalau pelahan tak pelah, aku boleh terima. Ini tidak satu kerja boleh dengar bunyi tamparan tue. pastu member2 yang lain gelak kat aku plak...haha...memang tak patut. 

Sebelum nie dia selalu juga tampar2 aku tapi lemah lembut. aku pun tak tahu mengapa dia suka main tampar2 dengan aku ??? tapi ini kali memang meletup macam bom tamparnya, adakah dia sengaja atau pun tak tersengaja ??? Apa lagi dengan perasaan yang marah maka keluar la ayat perkataan yang tidak menyenangkan (maki hamun) pedulilah dia. Main2 juga, tapi berpadah-padah lah. Hari ini adalah hari keempat sudah aku dengan dia tak bertegur. huhu


Selagi dia tidak minta maaf dengan aku, sampai bila2 pun aku tak kan tegur dia. Dah tahu kesalahan tue berpunca dengan dia, minta maaflah, ini tidak buat bodoh jer..eh geram sangat2. tunggu jer la dalam beberapa hari nie macam mana keadaannya..hmm..Dah la stress dengan kerja yang banyak ditambah lagi dengan hal yang merunsingkan..aduhai !! tekanan hidup cam nie...

Rasanya dah tiba masanya nak tidur, dah pukul 1.05 am. harap2 esok hidupku ceria seperti sebelum nie. aku lelaki kena berjiwa kuat dan yang paling penting kena bersikap COOL...piwweeettt ! haha...Owh yer... sebelum tidur aku kena dengar lagu dulu, baru boleh tidur dengan lena. malam nie aku di temankan dengan lagu kak ziana zain - Putus Terpaksa ( salah satu lagu favourite ku ) huhu...


Dengan ini aku mengakhiri kata dengan ucapan assalammualaikum dan 
selamat pagi ( sebab sudah pagi )..tidur....zzzz...tidur...zzzz



JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v

08 April 2012 5 Pengomen Terbaik

Tentang Perasaan




Malam ini terasa semakin kelam
Cahaya yang ada di sekeliling kelihatan suram
Pandangan mataku pun semakin buram
Lalu diriku merenung jauh dalam keadaan muram
Sungguh pelbagai perasaan yang mencengkam
Tetapi mengapa bila perasaan ini cuba untuk ku selam
Tidak satu pun yang aku faham
Namun khayalanku juga tidak ingin tenggelam
Angan bertandang pun tak pernah padam
Hingga malam ku kacau, mata pun tak bisa terpejam
Mungkin kerana ada kerinduan teramat dalam
Yang pasti rindu dihatiku kini bersemayam
Inginku melepas rindu yang terpendam
Aku takut sinar cinta semakin dekat akan kusam
Maafkan aku bila membuat engkau salah faham

Aku juga sebagai seseorang
Ingin disayangi bukan sekadar di pandang
Masih memerlukan kasih sayang
Keinginan dari dahulu kala hingga sekarang
Bila itu ku dapatkan pasti terasa senang 
Dan tiap-tiap hari selalu di jemput riang
Saat sudah dapat ku genggam dan pegang
Pasti aku goreskan satu garisan "dilarang"
Yang tidak rela lagi pergi menghilang
Kelak apa juga ada yang menghalang 
Mungkin ku cuba untuk tendang
Tetapi ku tahu hadirnya ada penghalang
Mencintaimu seumpama mencari bayang bayang
Mungkin akhirnya juga aku sia-sia terbuang


Malam ini juga terasa tak ingin sendiri
Berbicara sendiri agar terhapus sepi
Ingin kau hadir lagi menemani
Walaupun hanya sekadar di alam mimpi
Hanya untuk penawar lara hati
Andainya engkau mengerti
Semalaman waktu ku menyepi
Purnama hilang laluku pun bermimpi
Di kamar indah ku berharap pengubat hati
Sunyi hati dinodai dalam menanti
Telah lelah hati ini asyik terus merindui
Seakan tidak akan terbendung lagi
Entah sampai bila aku harus begini
Sukar bagiku untuk menjemput mimpi
Binggung entah ke mana lenaku pergi

Bertanya pada diri sendiri 
Perlukah ku berjalan mencari kerelaan hati
Untuk melupuskanmu dari perasaan ini ?
Bertanya pada diri sendiri lagi 
Andai langkah ku akan terhenti
Adakah engkau tetap berlalu pergi
Dan tidak pernah peduli ?
Berharap suatu hati nanti engkau memahami
Cubalah untuk berpaling padaku di sini
Berdua bersama meraih mimpi menjadi pasti
Semoga penantianku akan jadi bererti
Menjadi milik nyata bersama ku di sisi
Selagi mampu bertahan untuk menanti
Akan ku cuba untuk menanti


Sesungguhnya tentang perasaan
Memang sakit untuk disembunyikan atau di simpan 
Semakin lama semakin banyak godaan
Berikan aku sebuah pelajaran
Berikanlah aku sebuah kesempatan
Berikan aku sebuah kepercayaan
Agar bisa aku membuktikan
Betapa dirimu sangat aku perlukan
Inginku hulurkan secebis pengorbanan
Tentang percintaan yang sangat aku harapkan
Sangat-sangat memerlukan kesabaran
Dirimu yang satu yang aku dambakan


JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v

07 April 2012 0 Pengomen Terbaik

Bob Lokman Ketika Dulu


Bob Lokman

Biodota

NAMA : Mohd Hakim Lokman
ASAL : Kubang Krian, Kelantan
LAHIR : 1964
PENDIDIKAN : Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad, Kajang, 
   Selangor
KERJAYA : Pengurus kumpulan Wings (1986-89), Pengurus Hattan (1990), 
   Pembantu peribadi M. Nasir (1991), Pengurus Ramli Sarip (1992), Pengurus
   kumpulan Teacher's Pet (1994); Pencipta lagu & Penulis senikata; Pelakon & 
   Pengacara
KELUARGA : Berkahwin dan dikurniakan cahaya mata Muhamad Adam 
   (1993), Omar Hakim (1994) & Ahmad Sufian (1995); Berkahwin dengan 
   Relawati Daud dan dikurniakan cahaya mata Muhamad Irham (2006)
ANUGERAH : Penulis Lirik Terbaik, lagu Isabella persembahan Search, 
   Anugerah Juara Lagu TV3 (1989)
FILEM : Yes, Tuan! (1996 / pelakon utama)

Pencipta Lagu Dan Penulis Senikata
♬♪ Taman Rashidah Utama (1988 / Wings - Hukum Karma)
♬♪ Fotostat (1988 / Wings - Hukum Karma)
♬♪ Purnama (1989 / Search - Fenomena)
♬♪ Warisan Wanita Terakhir (1994 / Teacher's Pet - Eh... Keras Tu!)
♬♪ Malas (1994 / Teacher's Pet - Eh... Keras Tu!)

Pencipta Lagu
♬♪ Songsang (1989 / Search - Fenomena)
♬♪ Dakapkan Ku Ke Syurga (1994 / Teacher's Pet - Eh... Keras Tu!)

Penulis Senikata
♬♪ Inspirasi Taming Sari (1987 / Wings - Belenggu Irama)
♬♪ Intan Ku Kesepian (1987 / Wings - Belenggu Irama)
♬♪ Belenggu Irama (1987 / Wings - Belenggu Irama)
♬♪ Sekeping Kertas Bermaruah (1987 / Wings - Belenggu Irama)
♬♪ Dari Tuhan (1987 / Wings - Belenggu Irama)
♬♪ Jerangkap Samar (1988 / Wings - Hukum Karma)
♬♪ Orang Kita (1988 / Wings - Hukum Karma)
♬♪ Isabella (1989 / Search - Fenomena)
♬♪ Memandu Nafsu (1990 / Search - Karisma)
♬♪ Teguh (1990 / Search - Karisma)
♬♪ Orait Mama (1990 / Search - Karisma)
♬♪ Kasih (1990 / Ella - Identiti)
♬♪ R 'N' R Lu Punya Suka (1991 / Wings - Jerangkung Dalam Almari)
♬♪ Akhirnya (1992 / Search - Double Trouble)
♬♪ Ikutkan Saja (1992 / Search & Wings - Double Trouble)
♬♪ Kuburkan Aku (1993 / Wings - Bazooka Penaka)
♬♪ Rock 'N' Roll Band (1993 / Wings - Bazooka Penaka)
♬♪ Tangisan Marhain (1993 / Wings - Bazooka Penaka)
♬♪ Puisi Merdeka (1993 / Wings - Bazooka Penaka)

Ungkapan Kata
"Saya belajar menjadi pengurus artis daripada buku sahaja. Saya baca cara pengurus kumpulan Led Zeppelin melakukan tugasnya. Bila nak tulis lagu, saya tengok dan bertanya pada M. Nasir dan Usop Kopratasa. Begitu juga bila nak anjur persembahan pentas saya belajar daripada Ali Bakar" - Bob Lokman 



JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v

06 April 2012 0 Pengomen Terbaik

Kumpulan Dadali Kembali

Kumpulan Dadali ingin mencuba pasaran Malaysia

TIGA tahun lalu, dalam poket mereka hanya ada gumpalan wang kertas 5,000 rupiah atau RM2 saja. Dengan wang sebanyak itu, mereka membeli dan berkongsi makan sebuku roti mengalas perut sambil mencari syarikat rakaman di sekitar Jakarta yang hiruk-pikuk. 

Produser rekod ditemui pula menolak dan hanya pandang sebelah mata mengatakan tiada masa untuk mendengar lagu ‘demo’ mereka.

Apapun, itu adalah pengalaman awal dilalui enam anggota kumpulan Dadali dalam mencari tapak mengembangkan bakat seni. Sejak single sulung mereka bertajuk Di Saat Aku Mencintaimu mencapai hit 2 juta pendengar, nama mereka tiba-tiba melonjak dikenali di serata Indonesia. 

Malah, lagu itu juga begitu dikenali kerana menjadi lagu tema drama bersiri 13 episod bertajuk Dingin Lavenda disiarkan menerusi slot Zehra di TV3. 

Kumpulan Dadali kembali dengan single kedua mereka, Cinta Bersemi Kembali. Lagu berasaskan curahan perasaan peminat di facebook (FB) diketengahkan dengan disuntik elemen cinta dengan susunan muzik dan lirik mendayu-dayu. 

“Apa dapat kami perkatakan dalam dunia hiburan, kami juga pasti berdepan cabaran baru dan tidak dapat menutup mulut orang bercerita mengenai Dadali.

“Jika dulu kami sukar mendapat produser, sekarang kami sudah ada produser yang memberi peluang dan sentiasa menggalakkan kami memperbaiki kualiti muzik dan mesej lagu untuk peminat.

“Cabaran baru pula? Ramai juga di  Indonesia suka membandingkan kumpulan Dasdali dengan Peter Pan dan vokal saya seperti Ariel. Perbandingan seperti itu membuat kami kurang selesa kerana Dadali ada identiti sendiri dan bukan cuba meniru kumpulan lain. Semua itu secara kebetulan,” katanya. 

Dadali ditemui pada sesi pelancaran album Di Saat Aku Mencintaimu dan single Cinta Bersemi Kembali di Hard Rock Cafe, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, Selasa lalu. Mereka bernaung di bawah label Nagaswara dan album mereka di Malaysia diedarkan oleh Tropic Jaya Sdn Bhd. 

Vokalis Dadali iaitu Dyrga.

Kumpulan berasal dari Bogor ini dianggotai oleh Dyrga selaku vokal, Rickard (gitar), Yuda (gitar), Oq (dram) dan Rix (keyboard). Salah seorang daripada enam anggota asal iaitu pemain gitar bass, Fadel tidak lagi bersama Dadali kerana memilih untuk melanjutkan pengajian di Australia. 

Mengapa mereka memilih untuk bergerak dengan nama Dadali? Kata Dyrga: “Dadali bermaksud burung Garuda dalam bahasa Sunda. Pemilihan nama itu secara falsafahnya menggambarkan burung mengepak sayap dengan kuat dan terbang tinggi di angkasa. 

“Masih banyak mahu kami buat kerana apa dibuat sekarang baru permulaan. 
Perancangan lain adalah menghasilkan single ketiga yang disusuli album studio kedua selepas ini. Album baru ini memuatkan tiga lagu Melayu yang berkonsepkan pop alternatif. 

“Saya mendapat inspirasi daripada penyanyi hebat Malaysia seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Amy Search dalam menghasilkan lagu yang sedap,” katanya. 

Apa lebih menarik, Dyrga juga mendapat pelawaan daripada Peter Pan untuk menjayakan konsert jelajah mereka. 

“Kami tidak bermusuhan dengan mana-mana dan tidak berminat bersaing mengatasi dengan membenci satu sama lain. Kami cuba memberikan lagu dan seni dengan cara kami sendiri dan terpulang kepada peminat untuk menerima atau menolak. 

Dadali yakin jika produk bagus, peminat pasti suka. Kami juga sukakan sikap peminat di Malaysia kerana ‘sporting’ dan tidak terlalu mendesak. 

“Jika kami makan, mereka tidak terburu-buru datang meminta menandatangani autograf atau bergambar hinggalah kami selesai. Jika di sana, kami tidak dapat berbuat seperti itu kerana pasti diserbu dan ditarik tanpa mengira keadaan,” katanya.


JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v

04 April 2012 0 Pengomen Terbaik

Ada kesan lebam di badan, ibu Andika mohon polis lakukan siasatan



KOTA KINABALU: “Kami tuntut agar pihak polis untuk menyiasat secara menyeluruh kes kematian Andika kerana kami tidak percaya dia telah membunuh diri,” kata ibu kepada Andika Alam Duri, 23, yang ditemui mati tergantung di jemuran tempoh hari.

Aisyah Ahmad, 60, ketika ditemui di sini kelmarin menegaskan bahawa anak lelakinya kini selamat dikebumikan dan dia masih dalam keadaan terkejut ekoran insiden berkenaan yang menyelebungi mereka sekeluarga.

Enggan mempercayai Andika membunuh diri, apatah lagi setelah mengetahui bahawa terdapat kesan lebam di badan allahyarham ketika jenazah dimandikan, menambah keyakinan Aisyah bahawa kematian anaknya adalah disebabkan faktor lain.

“Kami sekeluarga amat terkejut dengan musibah menimpa Andika namun kami terpaksa redha apabila polis mengesahkan allahyarham mati disebabkan membunuh diri.

“Bagaimanapun, ketika mayat anak saya dibawa pulang ke kampung halaman di Lahad Datu, beberapa saudara-mara yang ketika itu sedang memandikan jenazah Andika mendapati ada beberapa kesan lebam di badannya.

“Kami semua merasa pelik apabila mendapati ada kesan lebam di perut, kaki, dan kesan seperti ikatan tali pada dadanya. Anak saya seakan-akan diseksa sebelum dia meninggal dunia,” katanya.

Tambahnya, dia dan keluarganya kemudian memaklumkan perkara itu kepada polis Lahad Datu agar menjalankan bedah siasat semula bagi mengetahui punca lebam yang ada di badan allahyarham.

“Kami dimaklumkan oleh pihak hospital bahawa keputusan bedah siasat hanya akan diketahui dalam tempoh seminggu dua ini.

“Naluri ibu, Andika tidak akan membunuh diri kerana dia adalah anak yang baik dan patuh kepada kedua ibu bapanya, apatah lagi tidak pernah berbuat masalah kepada orang.

“Sehubungan itu saya akan bersabar menanti keputusan bedah siasat berkenaan,” katanya.
Dalam pada itu, Aisyah berkata satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Menggatal yang meminta agar pihak polis melakukan siasatan terperinci berhubung kes itu.

“Pada laporan polis itu saya menyatakan segala perkara yang berlaku sebelum allahyarham ditemui mati termasuklah pergaduhannya dengan rakan serumah.

“Beberapa hari sebelum anak saya ditemui mati, dia pernah menghubungi saya dan memberitahu ada rakan serumahnya mahu mengancamnya dengan membawa kumpulannya yang dipanggil ATAP.

“Selepas itu saya menasihatkannya agar tidak terlibat dalam pergaduhan, malangnya nasihat itu adalah kali terakhir saya berikan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Sabah, Datu Akjan Ali Mohamad meminta agar perkara berkenaan disiasat mendalam oleh pihak polis ekoran terdapat faktor mengelirukan berhubung punca kematian.

“Kita meminta agar pihak polis untuk menyiasat perkara ini secara terperinci.
“Ini sebagai keadilan kepada keluarga Andika yang percaya allahyarham tidak akan membunuh diri lebih-lebih lagi dia merupakan anak yang baik budi pekertinya,” katanya yang turut bersama-sama ibu bapa Andika kelmarin.

Dalam kejadian pada 26 Mac lepas itu, mangsa ditemui mati dalam keadaan tergantung di jemuran yang terletak di bahagian luar dapur rumahnya di tingkat empat, Taman Sri Maju, Menggatal.



JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;