06 April 2012

Kumpulan Dadali Kembali

Kumpulan Dadali ingin mencuba pasaran Malaysia

TIGA tahun lalu, dalam poket mereka hanya ada gumpalan wang kertas 5,000 rupiah atau RM2 saja. Dengan wang sebanyak itu, mereka membeli dan berkongsi makan sebuku roti mengalas perut sambil mencari syarikat rakaman di sekitar Jakarta yang hiruk-pikuk. 

Produser rekod ditemui pula menolak dan hanya pandang sebelah mata mengatakan tiada masa untuk mendengar lagu ‘demo’ mereka.

Apapun, itu adalah pengalaman awal dilalui enam anggota kumpulan Dadali dalam mencari tapak mengembangkan bakat seni. Sejak single sulung mereka bertajuk Di Saat Aku Mencintaimu mencapai hit 2 juta pendengar, nama mereka tiba-tiba melonjak dikenali di serata Indonesia. 

Malah, lagu itu juga begitu dikenali kerana menjadi lagu tema drama bersiri 13 episod bertajuk Dingin Lavenda disiarkan menerusi slot Zehra di TV3. 

Kumpulan Dadali kembali dengan single kedua mereka, Cinta Bersemi Kembali. Lagu berasaskan curahan perasaan peminat di facebook (FB) diketengahkan dengan disuntik elemen cinta dengan susunan muzik dan lirik mendayu-dayu. 

“Apa dapat kami perkatakan dalam dunia hiburan, kami juga pasti berdepan cabaran baru dan tidak dapat menutup mulut orang bercerita mengenai Dadali.

“Jika dulu kami sukar mendapat produser, sekarang kami sudah ada produser yang memberi peluang dan sentiasa menggalakkan kami memperbaiki kualiti muzik dan mesej lagu untuk peminat.

“Cabaran baru pula? Ramai juga di  Indonesia suka membandingkan kumpulan Dasdali dengan Peter Pan dan vokal saya seperti Ariel. Perbandingan seperti itu membuat kami kurang selesa kerana Dadali ada identiti sendiri dan bukan cuba meniru kumpulan lain. Semua itu secara kebetulan,” katanya. 

Dadali ditemui pada sesi pelancaran album Di Saat Aku Mencintaimu dan single Cinta Bersemi Kembali di Hard Rock Cafe, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, Selasa lalu. Mereka bernaung di bawah label Nagaswara dan album mereka di Malaysia diedarkan oleh Tropic Jaya Sdn Bhd. 

Vokalis Dadali iaitu Dyrga.

Kumpulan berasal dari Bogor ini dianggotai oleh Dyrga selaku vokal, Rickard (gitar), Yuda (gitar), Oq (dram) dan Rix (keyboard). Salah seorang daripada enam anggota asal iaitu pemain gitar bass, Fadel tidak lagi bersama Dadali kerana memilih untuk melanjutkan pengajian di Australia. 

Mengapa mereka memilih untuk bergerak dengan nama Dadali? Kata Dyrga: “Dadali bermaksud burung Garuda dalam bahasa Sunda. Pemilihan nama itu secara falsafahnya menggambarkan burung mengepak sayap dengan kuat dan terbang tinggi di angkasa. 

“Masih banyak mahu kami buat kerana apa dibuat sekarang baru permulaan. 
Perancangan lain adalah menghasilkan single ketiga yang disusuli album studio kedua selepas ini. Album baru ini memuatkan tiga lagu Melayu yang berkonsepkan pop alternatif. 

“Saya mendapat inspirasi daripada penyanyi hebat Malaysia seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Amy Search dalam menghasilkan lagu yang sedap,” katanya. 

Apa lebih menarik, Dyrga juga mendapat pelawaan daripada Peter Pan untuk menjayakan konsert jelajah mereka. 

“Kami tidak bermusuhan dengan mana-mana dan tidak berminat bersaing mengatasi dengan membenci satu sama lain. Kami cuba memberikan lagu dan seni dengan cara kami sendiri dan terpulang kepada peminat untuk menerima atau menolak. 

Dadali yakin jika produk bagus, peminat pasti suka. Kami juga sukakan sikap peminat di Malaysia kerana ‘sporting’ dan tidak terlalu mendesak. 

“Jika kami makan, mereka tidak terburu-buru datang meminta menandatangani autograf atau bergambar hinggalah kami selesai. Jika di sana, kami tidak dapat berbuat seperti itu kerana pasti diserbu dan ditarik tanpa mengira keadaan,” katanya.


JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v

Comments
0 Comments

0 Pengomen Terbaik:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda DI Sini







Blogged.my Checkpagerank.net Blogged.my blogr.my My Ping in TotalPing.com My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Ping your blog, website, or RSS feed for Free
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;