05 December 2012 0 Pengomen Terbaik

HAPPY BIRTHDAY TO YOU



Happy birthday to you , happy birthday to you , happy birthday to you...

Hari ini 06/12/2012 bersamaan hari khamis dan tepat pukul 12.00am adalah hari jadi seseorang yang di sayangi walaupun dia tak lagi menyayangi diri ini. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut ulang tahun yang ke 22 untuk awak dan semoga di hujani dengan sejuta kebahagian

Erm...erm...nak cakap apa lagi ye...o ya semoga awak murah rezeki, semoga awak berjaya dalam hidup dan semoga awak temui kebenaran dalam hidup awak. Ha, dan juga semoga awak bahgia selalu. Sorry kalau selama ini saya banyak menyusahkan, marah tak tentu hala, tengking macam singa dan apa-apa la yang perkara buruk saya lakukan yang telah membuat awak sakit hati selama kita bersama, sebab melayan segala karenah saya tapi ingat la, saya hanya nak awak bahagia walau dalam apa jua keadaan. Yang paling penting semoga awak menghargai hidup yang ALLAH berikan ini, jangan sia-siakannya.

Juz nak wish HAPPY BIRTHDAY kat awak sebab saya tak mampu untuk celebrate dengan awak, lagi pun maklumlah saya bukan orang yang penting pun dalam hidup awak dan saya sedar saya hanya sekadar menumpang kasih bermanja seketika dan saya tak mampu untuk melafazkan, mesej, call atau apa-apa lah untuk wish birthday awak, takut awak rasa nak menyampah dengan kehadiran sesuatu yang tidak di undang. So, saya cuma dapat tulis kat blog je. Saya tak mengharap awak baca, sebab saya tahu awak takkan baca. Saya pun tak tahu kenapa saya buat kerja bodoh ni, tak kesah la awak.

Apa pun, saya tetap doakan semoga awak bahagia bersama orang-orang yang awak sayang dan orang-orang yang sayang awak. Semoga awak mendapat keberkatan dan petunjuk dalam hidup  awak, semoga awak diberikan iman yang teguh dan tetap, semoga awak panjang umur dan dijauhi daripada sakit, semoga awak murah rezeki, semoga awak menemukan kebahagian hidup. Rasanya takde kata lain yang boleh saya ucapkan, saya doakan semoga segala apa yang awak lakukan mendapat keberkatan dan kerehdaan dari ALLAH S.W.T..SELAMAT HARI LAHIR..

Sometime awak rasa awak jatuh, awak rasa awak teruk, tapi sebenarnya kejatuhan itulah yang membawa kepada kebangkitan . Because today is your birthday, so I wrote the best things only, dont you ever think yang bad things ok..!! .


My wish is for you to find the happiness you deserve, 
even if it's not with me
..^_^.. 
Kbai :) Assalammualaikum





JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v

17 October 2012 0 Pengomen Terbaik

Bisikan Sunyi



Siang menghilang malam menjelma bersama kehadiran bintang dan sinaran bulan menemani diriku kala keseorangan tanpa seorang pun yang menemani hanya ku rasa bisikan angin dingin seakan ingin menyampaikan bisikan seseorang yang dekat di mata, dekat di hati.

Mengharapkan ini menampar hatiku hingga ku rasa termenung merenung ke dunia fantasi yang ku cipta sendiri mengajakku untuk berilusi bersama sentuhan kasih sayang penuh keikhlasan darimu yang telah lama ku harapkan hingga ke saat ini.

Setiap kali tiupan angin berubah arah tak ku tahu mengapa, begitulah hati kita mudah tertawa dengan pesona hingga musnah segalanya yang di bina dengan mainan kata. Aku sedar cinta itu bukan milikku dan kasih sayang yang kau berikan pasti terbagi serta rindu kau lukiskan samar kurasakan.

Memang aku mengharapkan cintamu itu menjadi milikku tapi aku takkan pernah memaksamu untuk memberikan kepadaku cukup sekadar belaian kasih sayangmu yang ikhlas mampu membuatku bahagia. Aku takkan berhenti menemani dan menyayangi walaupun matahari tidak terbit lagi.

Inilah aku adanya ingin membuatmu bahagia maafkan bila aku tak sempurna. sesempurna cintaku padamu. Aku bahagiakan mu dengan kesusahan yang aku miliki bukan dengan kesenangan yang ada dan apa pada ku genggam agar jelas pergorbanan ku kepadamu dan harap menjadi bukti tanda keikhlasan sayangku padamu.

Aku tak pernah jemu memandang wajahmu, akan dengar segala luahan kata dari mulutmu tanpa rasa bosan dan senyuman yang kau lemparkan usik di hati ini bagaikan kurasa siang kembali tiba dan malam kesunyian ini tak akan pernah ku temu. 

Raasa hatiku ingin selalu dekatimu dan selalu di sampingmu, rasakan apa yang ku rasa iaitu merasai nikmat cinta. Belailah resah di hatiku agar menjadi tenang, hapuskanlah gelisah di jiwaku serta lontarkanlah rasa kepedihan yang tertanam dan bibitkanlah kuntum bunga kasih sayang agar indah ku rasakan.



Kutulis Bisikan Yang Terendap Dalam Sunyi...
Ketika Malam Kian Dalam...
Menenggelamkan Seluruh Nurani...
Dan tertipu Oleh mimpi...

Aku Terjaga Oleh Bisikan...
Yang InginTerangkai Dalam Cerita...
Untuk Kau Baca...
Wahai Yang Ku Cinta.



JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v

02 October 2012 0 Pengomen Terbaik

Mestikah..!


Mestikah...
Rasa kecewa, hampa
Patah terkulai semangatku,
Bergerak melangkah, tabah berusaha
Setelah sekian lama mencuba,
Oh pujaan hati tersayang
Dalam diriku, terpahat kukuh
Masih setia menanti, berjuang !

Mestikah...
Rasa kecewa, hampa
Sukarnya menerangkan,
Betapa payahnya menanti,
Bersabar, menepis ego
Dalam diriku, untukmu yang tersayang
Benarkah aku, tak termampu
Di manakah, salah-silapku !

Mestikah...
Ada rasa kecewa, hampa
Masih sangsi, ragukan ketulusanku
Atau diriku yang lemah, tak terdaya
Tak mampu membimbing dan mendidik
Perasaanku sendiri
Ke arah laluan terbaik
Demi kehidupan yang ceria !

Mestikah...
Rasa kecewa, hampa
Sukarnya aku tuk membaca, memahami
Sepenuhnya dirimu,
Sukarnya aku tuk menyelami, berinteraksi
Ke dalam hatimu, mencuba,
Namun kesakitan mengejarku
Hilang, keyakinan diri, menyendiri
Memujuk rajuk sendiri !

Pasrah, kepadaMu illahi
Tabahkan hatiku ini,
Membimbing, mendidik hati perasaan
Takkan ku mundur, menyerah kalah
obor harapan tetap menyala
mencapai impian. 

JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v

30 September 2012 0 Pengomen Terbaik

Hampa Ku Rasa




Assalammualaikum...

Lama tak menconteng dalam blog nie disebabkan busy yang teramat. Hari ini nak update pun sebab ada masa yang sesuai lagi pun bosan entah nak buat. Lagi pun saya nak meluahkan sesuatu yang menyiksa hati saya dalam beberapa hari ni. Kekusutan melanda dalam fikiran hingga tanpa ku sedari air mata membasahi pipiku lalu ku mencari tempat yang tenang untuk menenangkan fikiran. 

Air mata ini menyedarkanku dari bermimpi yang awak takkan pernah menjadi milikku. Tidak pernah ku mengerti dan memahami saya segila dan sebodoh ini yang saya hidup gembira untukmu dan hidup derita kerana kesilapanku sendiri.

Semalam saya kerja pagi dan akan balik kerja pukul 3pm. Dia dan saya sudah berjanji untuk keluar hari ini tapi tanpa tidak disangka Janji itu tinggal mimpi ngeri apabila dia pergi untuk berjumpa dengan seseorang yang istimewa dalam hidupnya. Tapi sebelum itu, saya dan dia sempat ke KL Sentral untuk beli tiket ETS ke ipoh. 

Dengan hati yang sakit, saya mencuba untuk melafazkan untuk dia berlalu pergi berjumpa dengannya meskipun hati saya sendiri disakiti. Saat dia berlalu pergi, saya cuba untuk menoleh ke belakang namun dia tetap berlalu pergi, sungguh hampa ku rasa. Mengapa kau pergi tinggalkan ku sendiri?.

Dengan fikiran yang kusut, jiwa tak tenteram, hati menangis, badan lemah serasa hampir terduduk di khalayak orang ramai mujurlah saya kuatkan hati untuk melawan segalanya, dengan pelahan-lahan saya cuba untuk melangkahkan kaki untuk naik ke tingkat dua melihat permandangan hotel hilton dan hotel meridien ditemani dengan asap rokok yang ku nikmati sambil memujuk hatiku sendiri. 

Hampir setengah jam menenangkan fikiran meskipun tak sepenuhnya pulih, saya patah balik kembali ke tempat kerja untuk tukar pakaian kerana masa saya ke KL Sentral dengan dia saya pakai pakaian kerja dan kasut kerja. Lepas itu, saya terpaksa kembali ke KL Sentral semula naik tren KTM untuk pulang ke rumah. 

Semasa dalam tren sekali lagi saya dirundung kelukaan memikirkan segalanya. Sungguh banyak janji yang awak semai kepadaku tapi semuanya cuma ku dengar bukan ku rasa. Adakah awak lupa atau sengaja melupakan, perlukah saya mengingatkan semula semua janji-janji yang awak cipta kepadamu? Perlukah saya memaksa serta merayu untuk awak melaksanakan semua janji-janji mu?.

Sampai bilakah diriku berterusan berharap janji – janji itu sehinggakan jiwaku sejuk membeku menanti malah setiap hari ku rasa gelisah terhimpun kesedihan di dada hingga terluka tersiksa di hatiku. Aku menangih janji dari mu tapi mengapa mesti kau mungkiri? sehingga diriku merana tanpa siapa pun peduli. Ya, aku tetap menagih janji darimu.

Inginku kembali ke jalan yang asal di mana saya bermula tapi sudah tersesat dipertengahan jalan, PENAT..! TAKUT..! LELAH..! tidak ingin lagi teruskan pencarian ini kerana saya yakin akan membuahkan sia-sia, penuh pengharapan akan ada seseorang untuk menghulurkan tangan agar saya tak tenggelam dalam kolam kegelapan. 

Kini dibelenggu sepi banyak persoalan yang hadir hinggakan tidur dan mimpi diranjang duri, mengunyah peristiwa, menelan duka, menghirup kenyataan penuh siksa sehingga hancur berkecai perasaanku tidak tertahan setelah ku sedari apa yang telah berlaku. Tak sanggup rasanya begini, takut bersendirian. Hanya kepadamu Tuhan kuserahkan segalanya harapan.


Ketika biasa itu telah kau coretkan pada jiwa,
Sebuah tempat indah tersedia untukmu di sana
Dan ketika rasa itu telah kubagikan padamu sebahagiannya...
Kau pun berlalu tanpa menimbang rasa...
Kini ...
Aku pun hanya bisa memandangmu penuh kecewa...
Tertunduk diri ini di tengah duka yang tercipta,
Sungguh ...
Betapa selama ini,
aku telah bermain dengan perasaan sendiri...
Harus ...
Berhati-hati dalam bermain perasaan
Agar kecewa itu tak bertandang menghampiri  jiwa.


JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v

29 June 2012 0 Pengomen Terbaik

Mungkinkah Terakhir!



Pada titian hidup, untuk mencintai bukanlah proses singkat yang dapat dilakukan oleh semua orang. Ada sesetengah orang ingin mencintai seseorang itu dengan sepenuh hati tapi harus mengalah, lalu kemudian telah melafazkan untuk berhenti mencintai dan mulai membencinya tapi itu mugkin secara terpaksa. 

Itukah saya! ya, mungkin saya sering mempermainkan hati sendiri untuk mencintai insan yang tak mungkin pernah memandang saya. Saya menyedari, mencintai memang dapat dilakukan oleh semua orang di dalam dunia ini, namun mencintai dengan hati yang ikhlas dan tulus mungkin tidak dapat dilakukan oleh banyak orang, termasuk juga saya. 

Saya tak tahu jika awak memang menolak cintaku, saya tak tahu jika awak ingin mencabar kejujuranku, saya tak tahu jika selama ini saya hanya bertepuk sebelah tangan dan andainya awak tahu saya bukan lukisan indah untuk perhiasan di dinding kamar tidurmu. Hanya dengan renungan, hati ini menggigil kesejukan ke penjuru mata awak. 

Saya tidak dapat membohongi perasaan ini bahawa saya sangat menyayangi awak dan di saat ini saya telah mencintai awak, tersungkur jatuh ke dasar perasaan yang paling dalam, lemas tenggelam di lautan kasih sayang dan satu impian. Mencintai memang memerlukan tenaga yang luar biasa kerana mencintai bukan hanya pada ungkapan atau luahan hati tapi juga memerlukan dari segi perbuatan.

Masih lagi terkenang saat ketika dulu awak pernah berkata sesuatu kepada saya bahawa cinta itu memerlukan pergorbanan! dan awak pernah berkata juga bahawa hidup ini kita perlu pentingkan diri sendiri terlebih dahulu sebelum pentingkan orang lain tetapi awak perlu tahu melangkah pergi untuk meninggalkan awak, telah mengambil seluruh kekuatan yang saya ada. 

Jangan pernah anggap saya berbuat sebegini kerana bencikan awak, itulah tanda pergorbanan besar yang perlu saya lakukan untuk awak bahagia bersama insan yang awak sayang dan cinta. Saya tak akan pernah pentingkan diri sendiri untuk terus memperjuangkan cinta saya kepada awak.

Bagaimana mesti saya bencikan awak, sedangkan setiap hari, saya merindui awak walaupun pada ketika ini awak hanya berada berhampiran di sisi saya. Dikala saya mengingatkan awak, pasti saya akan tersenyum sendiri kerana perasaan cinta yang ada untukmu terlalu indah hinggakan ku rasa tiada duka memelukku. 

Disebabkan perasaan yang ada, saya harus menyerah pada ketentuan, pada realitinya dan pada hakikatnya pada apa yang saya nampak sekarang demi kebahagiaan awak dengan dia. Mungkin sudah tiba masanya saya harus memberhentikan segala langkahan yang pernah di mulakan serta niat ingin terlaksana yang tersirat di dalam hati untuk memiliki sesuatu mustahil dimiliki dan kini saya telah memesongkan tujuan harapan yang kian lama terpendam. Tiada lagi pengharapan, tiada lagi penantian, tiada lagi membayangkan. 

Mencintai awak tapi tak ingin bersama awak kerana saya menyakinkan kita memang tak mungkin menyatu bersama. Saya majukan langkah kaki kanan ku untuk sentiasa menjagamu tapi saya undurkan langkah kaki kiri ku untuk menepis perasaan cinta dan rasa rindu yang sentiasa memelukku. Adakah dalam mencintai saya telah merasa kepenatan? Merasa tak mampu lagi untuk meneruskannya? Atau saya sudah ingin melaungkan kata menyerah dan putus asa? 

Jika saya memang telah merasa demikian, mungkin saja saya adalah merupakan seorang pengecut yang tidak bisa mencintai dengan sejujurnya. Memang dalam mencintai tidak ada kiraan untung-rugi, menang-kalah, ataupun benar-salah. Tapi, saya keliru dalam menyematkan rasa tersebut, dapat dipastikan imbasnya akan panjang dan kemana-mana.

Tidak pasti adakah jalan yang saya pilih ini benar atau salah tapi biarlah jawapan itu terpapar di kemudian hari. Didalam kehidupan yang penuh kebebasan ini saya sendiri berhak memilih jalan kehidupan yang saya inginkan dan bakal saya tempuhi sepanjang perjalanan hidup ini. Adakah saya telah melakukan segalanya dengan sepenuh hati, semampu usaha yang ada dan sebaik mungkin? Inilah mentaliti yang saya rasa, saya perlu ubah terlebih dahulu sebelum saya mula menyalahkan pilihan yang sememangnya saya sendiri telah tentukan. 

Mungkin ada baiknya jalan yang saya telah tentukan, ya mungkin saja aku tidak merasa lagi sakit hati, cemburu, merindu yang bukan milik ku dan mungkin juga ada kesilapan besar yang terselit disebalik jalan yang ku pilih, tapi biarlah. Berhenti mencintai bukanlah kerana cinta itu tidak kesampaian, bukan juga kerana tidak pantas lagi untuk dicintai tetapi Seseorang insan yang berhenti mencintai seseorang hanya berlaku pada seseorang yang dia merasa jika orang yang dia cintai itu lebih bahgaia bersama dengan orang yang dia cintai... dan itu bukan saya!. 

Saya pernah dengar seseorang berkata " If you really love someone, then let that person go. if that person is meant for you, than that person will come back to you eventually. But if that person does not, then that person was never meant for you, in the first place".

Andai benar kita punya jodoh bersama, awak dan saya pasti akan bersama. Mungkin saya harus belajar untuk pasrah pada ketentuan tuhan dan jika awak takkan pernah menjadi milik saya, saya percaya, mungkin itu yang terbaik. Dalam mencintai tidak perlu untuk mengharapkan apapun selain kebahagiaan dari orang-orang yang kita cinta, kerana mencintai itu tidak semestinya memiliki. 

Saya berharap suatu hari nanti, saya akan temui apa yang saya perlu cari. saya percaya pada tuhan yang telah mempertemukan kita, saya tahu ada hikmah di sebalik semua ini. Saya tidak pernah menyesali sepanjang mengenali awak, saya telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaan saya terhadap awak.


Di setiap malam ku tempuhi
Ku teringat pada mu, bayangmu
Selalu melambai di kelopak mataku
Sunyiku terhias bunga rindu
Bagaikan angin dingin menyelimuti 
Jiwa ragaku…
Ku cuba bertanya pada malam!
Ku cuba bertanya pada angin!
Namun membisu...
Hinggakan berlalu tiada satu 
Jawapan pun ku temu,,
Hanya satu yang terucap
Mengapa aku mencintaimu…?
Hadirmu membuahkan rindu
Ku sedar, cinta tak harus memiliki
Relakah aku! mengenggam pasrah
Sungguh hina diriku
Mencintai orang yang tak mencintai ku
Dan takkan pernah menyayangiku..
Salahkah takdir mempertemukan kita?
Hinggakan kerap kali tersungkur
Dilautan kasih rinduku
Seakan bergelora tiada hentinya
Menghanyutkan bunga sayang dihatiku…
Terdampar dipersisiran pantai duka
Titian cintaku tak kesampaian
Rinduku serasa di simbah lara…
Apakah ini titik hitam hidupku
Adakah ini gurisan calar hati yang luka??
Harusku mengembara mencari penawar
Memujuk hati yang menangis
Pengunduran diriku ini terselit doa
Semoga kau bahagia
Tanpa senyuman bayanganku…





JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v

06 June 2012 4 Pengomen Terbaik

Lagu Kehilangan Sahabat



Assalamualaikum...

Hari nie aku telah siapkan sebuah lagu baru hasil ciptaan sendiri...walaupun lagu dan lirik tidak sehebat hasil ciptaan M.nasir, Saari Amri atau komposer lagu yang lain di malaysia, namun aku tetap bangga...haha...

Penat juga buat benda nie, nak edit la, nak convert la, mcm2 la...huhu...Sori la suara tak sedap patutla hujan tak henti2 dari tadi tapi biarlah janji aku bahagia...da namanya bukan artis, kalo suara aku sedap da lama masuk Kilauan Emas...haha

Lagu ini aku cipta waktu aku kehilangan sahabat terbaik ku di mana telah bersama hampir 13 tahun tapi kini semua hanya tinggal kenangan, dia sudah tiada dalam dunia nyata. 

Semoga kerinduan ini akan tetap kuat dan bersemayam dihati untuk terus tidak melupakan segala cetusan memori yang telah di cipta bersama2.

Sebelum nie memang aku ada buat entri tentang arwah --->Baca Sini dan lagu nie pun memang berkaitan. Ok la lagu tue ada kat bawah. Minta maaf andai ada tersalah kata atau pun dari pelbagai silap dari sudut yang halus...Kbai..............

Inilah Lagu tue dan kat bawah tue pulak lirik lagu nie....lalala

Sebak hati ku bila mendapat tahu
Engkau telah pergi tinggalkan dunia
Seakan aku tak percaya
Kau pergi untuk selamanya

Bila terkenangkan kenangan bersama
Menitis air mata tidak ku sengaja
Seakan aku tak berdaya
Menepis sendu di jiwa

Sekian lama kita bersama
Harungi segala suka dan duka
Dan kini hanya tinggal sejarah
Hilang dari pandangan nyata

Bagaikan tusukan duri sembilu
Hirisan belati yang memilu
Bila dihempas sepi tanpamu
Ku rindukan tutur sapamu

Walaupun kini kita telah terpisah
Dirimu akan selalu ku kenang
Senyumanmu masih terbayang
Bermain indah difikiran

Tiada lagi kedengaran bicaramu
Kini dirimu telah jauh di mata
Ku utuskan serangkap doa
Semoga dirimu bahagia di sana
Wahai sahabat yang ku sayangi 2X



JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v

03 June 2012 0 Pengomen Terbaik

Hatiku Membeku Akibat Tertawan



Terpegun, tercengang, terkejut, terdiam dan terpaku itulah reaksi yang aku alami tadi pagi saat melihat dia, gadis comel idaman kalbu seakan tidak percaya dia berpenampilan sebegitu. 

Pink, kasut chuck taylor , seluar pendek, baju T-shirt, handbag dan free hairstyle wah...!! memang nampak comel sangat. "MY FAVOURITE GIRL". Hehe...Ya ker nie ?  Hmm lantaklah !

Jantungku berdegup deras, darah mengalir pantas, tapak tangan menjadi sejuk, hati seperti di ramas, perut rasa memulas, arrgghhh.... apa kes dengan aku nie...! Haha....

Niat hati mahu saja aku peluk, pandang lama-lama dan ingin saja dia berada di hadapan mataku, kekal macam patung. Haha.... 

Tapi aku tahu itu tidak mungkin berlaku punya la, sebab aku masih waras dan tahu aku bukan ada kuasa macam sailormoon pun. Ok takde kaitan! Lupakan... 

Tetapi, tidak salah kalau kita berangan-angan andai angan-angan itu bisa membuat kita gembira. Betul tak ? Hehe...Apa ! salah...ok, da tahu pun mesti awak nak jawab salah...ok terima kasih..tetibe ! 

Kenapalah aku tidak terdetik tadi ambil gambar dia untuk tatapan setiap hari, kenapalah tidak terfikir. Saat dia berlalu pergi baru terfikir, menyesal rasa jiwa. 

Serasa macam tak ingin jer biarkan dia berlalu pergi, hendak menghalang tapi tidak berdaya, hendak bersuara tapi tidak punya kuasa,  namun apakan daya dia bukan milik ku. Sedihnya....haha

Apa yang kelakarnya, aku macam tak tentu arah sejak dia berlalu pergi, seakan kehilangan sesuatu yang sangat berharga, otak bercelaru, tersenyum sendiri, kesana kesini, yang pasti semua tindakkan di luar kawalan.

Mahu saja aku katakan terus kepadanya "awak comel sangat berpenampilan begini" Hahaha. Tapi ketakutan dan  rasa malu menguasaiku namun aku tetap katakan juga tapi melalui telefon. 

Lega rasanya bila meluahkan sesuatu yang terpendam dalam hati, kalau dibiarkan dan dipendam nanti berkulat pula.

Berharap sangat dapat melihat lagi dia akan berpenampilan begitu. Bukannya apa, cuma memang minat giler dengan awek penampilan ala-ala awek chuck taylor nie, geram sangat. Hahaha....

Okay ini cerita mengarut! jangan baca, buat rugi sahaja dan membuang masa....!!! Tapi kalau sudah baca ayat ni bermakna awak sudah baca dari atas sampailah jumpa ayat ni....kan...kan... Hahaha Ketawa lagi...Kbai...zzz


JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v

31 May 2012 4 Pengomen Terbaik

Bukan Milik ku



Bunga mekar bermusim tapi tak mungkin pada mekar cintaku. Selalu membayangkan kau mekar di hati ku tanpa adanya musim yang sentiasa mekar mewangi dan warnanya indah melukiskan rasa kasih yang mesra yang takkan layu kerana kau akanku jadikan penghias sebuah taman sepi di hati. Cintaku ada padamu cinta yang ikhlas tanpa paksaan serta bukan gurauan semata-mata mahu pun pada impian semusim, kupastikan ia mekar sentiasa yang menjadi musim abadi.

Saat aku bermmpi selalu membayangkan mengecapi nikmat rindu tatap wajahmu sepanjang malamku. Matahari yang sentiasa memberi sinar meskipun siang ataupun malam dan walaupun malam terhalang oleh bulan namun ketahuilah bulan itu tidak mempunyai sumber cahaya sendiri tetapi cahaya itu sebenarnya berasal dari pantulan cahaya matahari. Aku akan cuba untuk menjadi  seumpama seperti matahari yang tak jemu untuk memberikan cahaya bahagia. Jika dalam sehari matahari dan bulan tidak kelihatan itu bermakna aku tengah berehat melepaskan penat.

Seakan malam ku bagaikan salju kini membeku di hati yang merindu. Lenaku tak terasa hingga siang ku terjaga dan badai yang menderu di angin dukaku namun ku pendamkan jua walaupun pedih terasa, selangkah kembara demi selangkah membuahkan langkah yang membara. Aku sendiri tidak mengerti apakah cerita ini, terukir sendiri cerita berillusi. Mencari erti impian dan harapan ini selalu asyik di kemelut naluriku yang hanya di mengerti menanti dalam rindu padamu.

Sejak dari dahulu lagi aku terlanjur mencintaimu, selalu mendengar suaramu dan sejak mengenalimu aku selalu menulis kata-kata pujangga untuk menghiasi hati ku sendiri. Walaupun ku cuba untuk terus mendekatimu namun ku tahu penghujungnya, kesudahannya yang aku akan tertewas kerna kita tak serupa. Dirimu hanya mampu ku pandang dari belakang dan mungkin untuk selama-lamanya aku akan memandangmu dari belakang kerana bila berhadapan dengan mu, hati sakit teramat sakit.

Engkau aku umpamakan seperti sekuntum bunga larangan di mana tidak akan tercapai dengan tangan dan untuk menyentuh mu seakan ada duri bisa yang menghalang. Ya, mungkin silap aku juga kerana terlanjur mencintaimu, tidak pantas merinduimu, tidak layak untuk memilikimu, seharusnya aku mencerminkan diri sebelum mengintaimu. Ketahuilah Jikalau ku tidak peduli tentang dirimu itu bukan maksudku ingin melupakan ataupun membencimu tetapi itu kerana aku tengah merawat hati sendiri, hati yang lara.  

Maafkan aku kerana terpaksa memendam rasa selama ini. Andainya awak tahu ianya bukanlah sesuatu yang mudah dan ianya amat sukar untuk tersenyum seolah-olah aku redha dengan semuanya tetapi aku harus tegarkan hati untuk terus melalui semua ini, aku harus terus melawan rasa yang ada dihati ini. Kadang-kadang saya rasa tak kuat sangat untuk terus berpura-pura. Menyedari aku bukan sempurna, bukanlah juga menjadi pilihan utama tapi awak harus tahu, aku akan sentiasa ada untuk memastikan awak bahagia walaupun terkadang aku leka dan alpa dengan kesilapan yang tak terduga tanpa tidak sengaja.

Biarpun kehadiranku serta kewujudan aku tidak nampak di matamu tapi aku senang andai awak bisa terus tersenyum. Aku berharap suatu hari nanti dapat menemui seseorang yang akan buatkan aku lupa tentangmu. Mencuba riang dan senang bila awak tersenyum meskipun senyuman itu berpunca daripada dia, ya memaksa faham dan memahami kenapa awak memilih dia, kerana kehadirannya lebih bermakna. Seperti awak menyayangi dia, seperti itu aku menyayangi mu bezanya, dia juga menyayangi mu dan aku, hanya aku, diri aku, hati aku, serta dunia aku.

Maafkan aku sekiranya suatu hari nanti aku tidak lagi mampu teruskan memendam rasa ini untukmu, aku tak nak terus berharap kerana aku bimbang, aku akan terus di lamun kekecewaan. Cuma aku berharap masih bisa untuk terus mendengar suaramu dan melihat senyumanmu kerana dengan cara itu sahaja ia dapat mengubati rasa rindu ini. Semoga kamu menemui kebahagiaanmu dan semoga sahaja aku juga terus tabah dan menemui kebahagiaan sendiri.

Apalah dayaku jika engkau tidak menghargai, apalah daya aku hanya menumpang di sudut hati, apakan daya percintaanku ini tak akan pernah terjadi, apalah dayaku jika orang tak sudi. Mencintai dan merindui seseorang dalam diam hidup bagaikan seperti sampan hanyut di dalam lautan sepi terumbang-ambing dipukul ombak yang tinggi lemas sendiri menanggung rindu. Sungguh terasa sepi tanpa kehadiran cinta bagai malam tanpa cahaya. Aku menyedari siapa diriku hanya bayang-bayang di matamu tiba masanya terpaksa jua ku membawa diri dan lebih baik aku pergi. Undurkan langkah untuk melihat kau bahagia jika jodoh kita bersama tak akan ke mana dan jikalau telah tersurat awak jadi milikku tiada siapa yang dapat menghalang kenyataan itu.


Kau bukan milikku, ku tahu kenyataannya
Namun dalam hati ini dah tertulis namamu
Mana mungkin aku mampu padamkan
coretan namamu dihatiku
Pedihnya sekadar menjadi penyinta bisu,
Lebih pedih mengetahui kau milik seseorang
Hatimu tak mungkin dapat kutakluki
Menghantui hidupku dengan bayanganmu
Mengganggu dalam kotak ingatanku
Aku nanti saat melangkah jauh
Walaupun hidupku bakal bergelap tanpa dirimu
Tapi biarlah...
Daripada aku terus berendam air mata
Daripada aku terus bermandi sakit hati
Daripada aku terus berjemur pengharapan
Sesuatu yang memang pasti bukan milikku
Takkan pernah jadi milikku
Selamanya...
Maafkanlah aku kerana menyayangi insan sepertimu
Maafkan aku kerana terlalu mengimpikan
Dirimu jadi milikku…
Moga kau bahagia bersamanya…
Selamanya…



JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v

18 May 2012 2 Pengomen Terbaik

Mengapa Menangis



Mengapa awak menangis..? Apakah punca yang membuatkan awak menangis? aku tertanya-tanya dengan sejuta persoalan sambil memegang telefon di tangan...aku hanya mendengar tangisan teresak-esak di telingaku. Aku cuba bertanya mengapa, kenapa serta punca, namun gagal untuk aku fahami setiap bicaramu. Hanya kedengaran tangisanmu. Hatiku sayu turut gelisah dengan keadaan yang awak alami sekarang, andai saja aku ada di sisi mu kini pasti ku lakukan sedaya upaya untuk membuatmu bahagia dan tersenyum. 

Tahukah awak ? aku juga turut merasa kesedihanmu itu. Entah mengapa saat aku mendengar bunyi tangisanmu itu hati sebak dan aku juga serasa ingin menitiskan air mata. Setelah lama awak meluahkan segala kesedihanmu dan aku bertemankan dengan bunyi tangisanmu, semakin jelaslah kedengaran pada bicaramu. tangisan yang teresak-esak kini semakin pelahan. aku mengaku, aku bukan seorang pendengar yang baik akan tetapi ku cuba tabahkan hati untuk menjadi pendengar yang baik walaupun hakikatnya aku adalah seseorang yang merupakan bukan pendengar yang baik, namun ku cuba mendengar segala luahan hatimu itu.

Aku seakan terpaku apabila awak menyatakan bahwa awak menangis sebab merindukan seseorang yang kini bukan milikmu lagi. Ya...mungkin aku fahami apa yang awak alami sekarang betapa peritnya bila merindukan seseorang yang kini bukan milik kita lagi. Setelah sekian lama berbicara, akhirnya awak ketawa meskipun ku tahu itu mungkin terpaksa namun ku tetap gembira. Perbualan tamat dengan ucapan assalamualaikum dan walaikumsalam.

""...aku ingin menangis
biarlah tanpa kata kata
biarlah hati aku bernafas
terlalu bergelora di dalam
entah bagaimana lagi harus ku coret
aku hanya ingin menangis....""

Andainya awak tahu ?

Hidup ini sukar untuk diduga
kadang-kadang kita rasa kita dekat dengan seseorang
namun hakikatnya dia terlalu jauh
walaupun dapat untuk di capai dan menggenggam tangan dia
belum tentu dapat selami hatinya dan memilikinya lagi
bila kita menangis merinduinya terlalu sakit untuk di telan
tapi fahamilah hidup ini hanya sekali
hiasilah hidup ini dengan senyuman dan gelak ketawa
kerana senyuman yang ada padamu
terlalu indah sehingga sukar untukku paparkan


Kehidupan di dunia ini tidak ubah seperti permainan dan senda gurau. Ada kalanya kita gembira dan bersedih. Ada ketikanya kita susah dan senang,semuanya terjadi tak ubah seperti roda yang berputar. Di setiap yang berlaku itu pastinya silih berganti.Itulah dinamiknya kehidupan di alam fana. Lumrah kehidupan,Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Segala suka dan duka tersirat diantara keduanya. Setiap yang berlaku mengajar kita tentang erti kehidupan. Percayalah ada hikmah disebalik apa yang terjadi dalam kehidupan kita. Apa yang pasti hidup perlu diteruskan.



"Adakalanya orang yang amat diperlukan pasti tiada di sisi kan..?? betapa sedihnye..." 
Ya betul...saat kita dalam kesedihan dan berduka biasanya orang yang kita perlukan tiada di sisi. Mungkin kalau dia ada di sisi pasti kita tak kan menangis. Tapi awak kadang kala kita perlu bersendirian jangan mengharap sangat pada orang yang kita perlukan, kerna kita dapat mengajar hati kita sendiri tentang erti kehidupan. Bila kita sangat mengharapkan seseorang itu hadir merawat luka pasti kita akan semakin lemah. Cubalah rawat luka itu dengan hadapi bersendirian, ingat hidup ini kadang kala perlu bersendirian

Awak.... Ada sesuatu yang ingin saya katakan tapi tak terdaya. Harap awak dapat membacanya nanti........


Saat - saat bersamanya itu jadikanlah kenangan
kini, awak harus tumpukan pada yang jalan baru
walaupun sulit untuk dilupakan
aku mohon padamu untuk mencuba
kerna ini juga adalah untuk kebaikan masa depanmu

Walaupun wajahnya masih terbayang
Senyumannya masih masih terngiang
tapi sedarlah dari mimpi, sandarkan saja pada kenangan
tak mungkin akan terulang kembali novel cinta itu
aku bukanlah orang yang ingin menghalang 
atau pun ada niat yang lain sebaliknya
tapi ini juga adalah untuk kebaikan masa depanmu

Awak.....Janganlah menangis...
jangan biarkan hatimu terkikis
aku mengharapkan tidur malam mu kini lena
selamat malam awak....


JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v

17 May 2012 0 Pengomen Terbaik

Angin Duka





Angin duka menjengukku lagi...
memeluk aku dalam kebuntuan malam,
untuk malam ini
aku tak bisa mengerti...
aku tak bisa untuk menerusi...
aku tak bisa untuk bermimpi...
aku tak tahu...
bingung, kusut, buntu
terlalu banyak rempah persoalan
hati berbisik "bukan yang ini, tapi yang itu"
fikiran membantah pula " yang ini lah, bukan yang itu"
apa semua ini...
kenapa sangat menyeksakan...
kenapa sangat mengguriskan...
kenapa sangat menggusarkan...
kenapa...oh aduhai hati... 

Puas memujuk hati menyatakan 
ia hanya sekadar singgah untuk ini malam
namun hati tetap berkeras melafazkan
bagaimana dengan esok malam...
bagaimana dengan malam seterusnya...
bagaimana dengan malam masa depan...
bagaimanakah...
aku tak mahu menangis...
aku tak mahu berduka...
aku tak mahu menderita...
aku tak mahu semua ini terjadi
aku takut keliru dan tersesat 
dalam tangisanku sendiri 

cepatlah engkau berlalu angin duka
sungguh aku merayu padamu
bawalah bersama segala kedukaanku
tepiskan kebingungan ini...
longgarkan kekusutan ini...
biarkan aku bernafas tenang
kembali tersenyum riang
jangan pernah mengejarku lagi...
jangan pernah menjemputku lagi...
jangan pernah melamarku lagi...
jangan pernah memelukku lagi...
ya Allah berikan aku petunjukmu 
berikanlah aku kekuatan untuk 
menghadapi semua ini...Amin....
...Amin Ya Rabbal Alamin...


JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v

11 May 2012 2 Pengomen Terbaik

Inginku Menghampirimu

Inginku menghampirimu….
Mengenali dirimu, mendekati
Tapi tak terdaya, tak termampu
Aku melangkah, kau bergerak
Aku mengejar, kau berlari
Bagaikan suatu ilusi
Mengejar bayangan sendiri


Inginku menghampirimu...
Mengutuskan gurauan senda
Bersama gelak ketawa, bahagia
Melupuskan kesepian, kedukaan
Agar terukir senyuman yang ku impikan,
Ku harapkan, saat pertama kau ku temu
Betapa aku memujamu dalam diam


Inginku menghampirimu...
Membisikkan segala perasaan
Agar tidak terbeban apa yang dipendam
Tapi sayangnya, tersirna penghalang
Dirimu berilusi mengaburi pandangan
Semakin aku mendekati, semakin hilang
Akukah yang asyik berangan-angan


Inginku menghampirimu...
Membelai manjamu serta menyayangi
Persisnya bagai seorang kekasih,
Tapi jinaknya, terbangnya seperti merpati,
Siksanya saban hari menunggu, menanti
Diri dibeban rasa rindu, pedih
Keluh-kesah dalam hati 


Inginku menghampirimu...
Hilangkan resah-gelisah, rasa rindu
Tidak Ingin lagi di belenggu mimpi,
Tidak ingin bertepuk sebelah tangan,
Kelak diri dirundung kecewa dan hampa
Hilang ceria, senyum gembira
Selalu diselimuti angan-angan


Inginku menghampirimu...
Mengenggam erat kasih dan sayang
Hendak menggapai angan-angan,
Kekasih, ku pujuk, ku sunting dirimu
Hati terpikat, jiwaku merindu
Bagaikan pungguk rindukan bulan,
Berlagu syahdu, di malam sepi


Inginku menghampirimu...
Bersamamu pujaan hati, bergandingan
Tanpamu di sisiku, di mata, serta di sini
Bagaikan sinar suram, bercahaya muram
Seperti mentari menghampiri senja,
Langit semakin pudar dan kelam,
Diri kesunyian di rimba malam 


Inginku Menghampirimu...
Membisikkan kata indah............

Sejak aku mengenalimu hati ini ternanti-nanti kata-kata cinta darimu namun dikau takkan pernah tahu dan takkan pernah untuk menyedari kehadiranku di hatimu yang mengharap kasih sayangmu. Kini aku ibarat menanti hadirnya suria di malam hari yang tak mungkin menjadi realiti namun aku tetap menanti walaupun hati lebam berkecai. Ingin aku melafazkan rahsia cintaku padamu tapi aku tak tahu rahsia di sebalik hatimu. Aku tak berniat untuk memaksa dirimu untuk menyintai diriku hanya sekadar ingin kau mengetahui isi hati ku. Alangkah indahnya seandainya kau buka hatimu, untuk ku. Pasti akan ku sambut cintamu dan seandainya dikau menjadi kekasih hatiku akan ku laungkan kepada dunia kaulah kekasihku...



JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v

21 April 2012 0 Pengomen Terbaik

Cuti Yang Bosan



Assalammualaikum dan salam sejahtera

Hari ini cuti aku macam tiada erti sebab asyik meniarap macam biawak jer pastu berhadapan dengan laptop sambil ditemani dengan milo panas dan Oat Krunch...huhu. Aktiviti yang aku lakukan hari nie 

Cuci Baju

Masak

Kemas Bilik

Dan edit video di windows movie maker untuk di upload ke you tube

Facebook dan twitter hanya di pandang sebelah mata jer hari nie, entahlah takde mood nak mencarut..hehe..nak jalan takde plak nak temankan, nak tengok movie takde plak cerita best, arrgghhh...hahaha....tetibe..ok la malas nak mencarut panjang2 secara kesimpulannya cutiku hari ini seakan tidak bererti...huhu...bye~~~


JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v

0 Pengomen Terbaik

Aku Tekanan




Assalammualaikum dan salam sejahtera

Dah seminggu rasanya tak update blog yang tak seberapa nie. bukan apa, dalam beberapa minggu nie aku di landa taufan kesibukan dengan kerja yang banyak dan sangat2 banyak. 


Habis kerja jer terus tidur, bangun tidur jer terus pergi kerja...hahaha...bagaikan hidup ini tiada keistimewaannya...huhu...maklum lah penat..!! Alangkah indahnya ada orang yang sudi tolong urut badanku  nie...hahaha...mencarut

Baru2 nie di tambah lagi dengan masalah peribadi yang membuat otak runsing dan perassan yang asyik tak menentu disebabkan aku telah bergaduh dengan rakan sekerja. memang hati membara kemarahan dengan dia, nasiblah dia perempuan kalau lelaki, dah lama aku bantai. Aku kena tampar....!! hehehe


Sebenarnya sebelum bergaduh tue, aku dengan dia tengah bergurau senda, alah biasa lah kawan2 kan main2 tetapi tanpa disedari dia tiba2 tamparnya aku. Kalau pelahan tak pelah, aku boleh terima. Ini tidak satu kerja boleh dengar bunyi tamparan tue. pastu member2 yang lain gelak kat aku plak...haha...memang tak patut. 

Sebelum nie dia selalu juga tampar2 aku tapi lemah lembut. aku pun tak tahu mengapa dia suka main tampar2 dengan aku ??? tapi ini kali memang meletup macam bom tamparnya, adakah dia sengaja atau pun tak tersengaja ??? Apa lagi dengan perasaan yang marah maka keluar la ayat perkataan yang tidak menyenangkan (maki hamun) pedulilah dia. Main2 juga, tapi berpadah-padah lah. Hari ini adalah hari keempat sudah aku dengan dia tak bertegur. huhu


Selagi dia tidak minta maaf dengan aku, sampai bila2 pun aku tak kan tegur dia. Dah tahu kesalahan tue berpunca dengan dia, minta maaflah, ini tidak buat bodoh jer..eh geram sangat2. tunggu jer la dalam beberapa hari nie macam mana keadaannya..hmm..Dah la stress dengan kerja yang banyak ditambah lagi dengan hal yang merunsingkan..aduhai !! tekanan hidup cam nie...

Rasanya dah tiba masanya nak tidur, dah pukul 1.05 am. harap2 esok hidupku ceria seperti sebelum nie. aku lelaki kena berjiwa kuat dan yang paling penting kena bersikap COOL...piwweeettt ! haha...Owh yer... sebelum tidur aku kena dengar lagu dulu, baru boleh tidur dengan lena. malam nie aku di temankan dengan lagu kak ziana zain - Putus Terpaksa ( salah satu lagu favourite ku ) huhu...


Dengan ini aku mengakhiri kata dengan ucapan assalammualaikum dan 
selamat pagi ( sebab sudah pagi )..tidur....zzzz...tidur...zzzz



JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;