Nama : Roronoa Zoro
Gelaran : Swordsmen
                 : Pemburu Lanun
                 : Mr. Bushido (Vivi)
                 : Marimo (Sanji)
                 : Tuan Pendekar" (Robin)
Umur : 21
Jantina : Lelaki
Spesies : Manusia
Tarikh lahir : 11 november
Pekerjaan : Lanun (Kumpulan Lanun Topi Jerami)                        
Ganjaran : 120,000,000 Beli


Roronoa Zoro dipanggil Zoro merupakan seorang watak rekaan dalam manga dan anime One Piece. Dia merupakan teman Monkey D. Luffy yang pertama menyertai Kumpulan Lanun Topi Jerami selepas satu insiden di sebuah pulau setelah Luffy menyelamatkannya dari tentera laut yang berada di bawah pimpinan kapten Morgan bertangan kapak yang kejam.

Zoro bertarung menggunakan seni tiga pedang (Santōryū), 2 di tangan dan satu dikepit pada mulut. Dia seorang pemedang yang berani mati dan tidak teragak - agak untuk menghadapi lawan yang lebih kuat daripadanya. Setiap serangannya memiliki nama unik yang mempunyai satu sebutan dengan 2 makna, yang mana kebanyakkannya diambil dari jenis-jenis makanan orang Jepun seperti Onigiri dan Sushi.

Pada masa lapang dia suka berlatih kekuatan badan dengan besi berat yang agak keterlaluan, namun kebanyakkan dari waktunya dihabiskan dengan tidur sepanjang hari.

Cita-cita Zoro adalah menjadi seorang pehlawan pedang terkuat di dunia yang menjadi cita-cita Kuina juga, sahabat semasa kecilnya yang sudah meninggal.

Zoro adalah murid kepadaayah Kuina iaitu Koushiro. Ketika zoro masih kecil algi dia sudah mula menggunakan 2 pedang dan sangat mahir dalam menggunakannya malah boleh mengalahkan orang dewasa. Tetapi tidak pernah pun zoro mengalahkan Kuina, anak gadis kepada gurunya. 

Zoro dikalahkan sebanyak 1000 kali, hingga zoro mengajak kuina berlawan menggunakan pedang yang sebenar tapi kekalahan berpihak juga kepada zoro dana menangis. Setelah itu, Kuina memberitahu kepada zoro bahawa bila mereka akan dewasa kelak, kekuatan seorang wanita tidak dapat menandingi kekuatan lelaki, dan pasti akan dikalahkan juga oleh zoro.

Esok paginya, Kuina meninggal kerana jatuh dari tangga rumahnya. Zoro marah dan menganggap kalau Kuina ingin mengingkari perjanjian tersebut. Pada akhirnya Zoro menangis sambil meminta pedang milik Kuina dan berjanji untuk meneruskan cita-citanya. Pedang milik Kuina adalah yang ada di mulutnya, Wadou Ichimonji, termasuk 21 pedang tertajam di dunia.

Ketika beranjak dewasa, Zoro mula meninggalkan tempat tinggalnya dan mencari orang yang dikhabarkan sebagai pehlawan pedang terhebat di dunia, Juraquille Mihawk salah seorang anggota Shichibukai dan seorang anak muda yang memiliki pedang Api dan Es yang bernama "Kyu". 

Kyu adalah seorang anak mudah yang memimpin salah satu Organisasi Jepun iaitu Harajuku (dalam cerita ini Harajuku adalah organisasi Style Pedang) Pemuda ini mempunyai dua pedang yang luar biasa, pedang itulah yang memotong pohon syaitan api (suna-suna) dan pohon setang Es (hie-hie). Hingga kedua pedangnya itu menjadi Api dan Es. 

Zoro mengharungi lautan dan untuk bertahan hidup, dia memperolehi wang dari hasil memburu lanun yang berada di poster lanun dikehendaki. Pada saat inilah Zoro bertemu dua orang pemburu lanun kecil bernama Johnny dan Yosaku. Mereka bekerjasama dengan Zoro. Nama Zoro juga pada saat itu telah tersebar luas di east blue.

Zoro kemudian ditangkap angkatan laut kerana membunuh serigala milik Helmeppo (Soro), anak kepada kapten Angkatan Laut Morgan.

Kemudian Zoro diselamatkan oleh Luffy ketika akan dihukum oleh Morgan. Zoro akhirnya bersatu dengan Luffy, di mana luffy menginginkan zoro menyertai ahlinya untuk menjadi Lanun.






JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v

Comments
0 Comments






Blogged.my Checkpagerank.net Blogged.my blogr.my My Ping in TotalPing.com My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Ping your blog, website, or RSS feed for Free
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;