Profil                             
          
Nama"Luffy Topi Jerami"
gelaran : "Sauh" (Shanks dan Don Krieg) "Budak Getah" (sendiri)
Umur : 17 
Jantina : Lelaki
SpesiesManusia
Tarikh lahir5 Mei
Pekerjaan : Lanun (Kumpulan Lanun Topi Jerami, Kapten)
Saudara mara terkenal : Monkey D. Garp (Datuk) Monkey D. Dragon (Bapa) 
                                                  Portgas D. Ace (Abang Angkat)                             
Ganjaran : 400,000,000 Beli

Buah Syaitan

Nama : "Gomu Gomu no Mi" (Jepun)
JenisParamecia
Kuasa : Badan pengguna memiliki ciri ciri regangan 
                getah yang sangat fleksibel. Ini membolehkan 
                pengguna meregangkan anggota badan atau 
                melipat badan tanpa rasa sakit. Impak dari 
                objek tumpul tidak memberi sebarang kesan  
                pada bahagian yang dihentam. Pengguna juga 
                kebal daripada kejutan arus elektrik kerana 
                sifat getah sebagai penebat semulajadi arus 
                elektrik.



       Monkey D. Luffy merupakan Watak utama di dalam anime dan manga One Piece. Luffy merupakan kapten bagi Kumpulan Lanun Topi Jerami.

Luffy berasal dari Bandar Fuschia di East Blue. Latar belakangnya begitu unik di mana abangnya Ace merupakan komander kedua armada lanun White Beard, datuknya, Monkey D. Garp merupakan vice admiral untuk tentera laut, dikenali sebagai wira tentera laut yang pernah beberapa kali memerangkap Raja Lanun Gol D Roger di laut. Bapanya pula Monkey D. Dragon merupakan pencetus revolusi yang menentang kerajaan sedunia.

Luffy secara kebetulan telah memakan buah syaitan Gomu Gomu (Getah) yang membolehkan badannya meregang dan memanjang seperti getah. Dengan sifat getah ini Luffy juga adalah kebal daripada kejutan arus elektrik disebabkan getah adalah penebat elektrik semulajadi. 

Sebarang bentuk serangan fizikal tidak berkesan terhadap luffy, peluru tembakan juga tidak memberi sebarang kesan pada tubuhnya, namun dia tidak terelak dari dicederakan oleh sebarang benda tajam dan impak yang kuat seperti letupan bom. Secara komikal serangan yang "mesra" juga mampu mencederakannya seperti pukulan dari Nami dan tumbukan "kasih sayang" dari datuknya. Keupayaan Luffy meningkat melalui latihan intensif yang telah dilaluinya semenjak kecil dan terus meningkat dengan melalui pertempuran dengan lanun lanun berkuasa di sepanjang pengembaraannya sebagai lanun topi jerami.

Pada zahirnya Luffy kelihatan agak kebodohan dan lurus, dia begitu mudah mempercayai kata kata yang tidak masuk akal walaupun daripada pihak lawannya. Walau bagaimanapun sikapnya berubah sepenuhnya menjadi seorang yang matang setiap kali dia apabila berdepan dengan sesuatu yang serius, hinggakan dia bersedia untuk menggadaikan nyawanya untuk melindungi anak kapal dan kawan kawannya.

Luffy amat menggagumi Red Hair Shanks sebagai idolanya sejak kecil. Semasa perpisahan kali terakhir dengan Luffy di Pekan Fussia, Shank telah menyerahkan topi jeraminya kepada Luffy sebagai amanah dengan harapan Luffy akan menyerahkannya kembali kepadanya setelah Luffy mencapai cita citanya untuk menjadi lanun terkuat.

Impian Luffy adalah untuk mencari harta karun lagenda One Piece bersama rakan-rakannya dan seterusnya mendapatkan gelaran Raja Lanun yang menjadi idaman semua lanun.



JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v

Comments
0 Comments






Blogged.my Checkpagerank.net Blogged.my blogr.my My Ping in TotalPing.com My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Ping your blog, website, or RSS feed for Free
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;