Nama : Nami
gelaran : Cat Burglar
Umur : 18
Jantina : Perempuan
Spesies : Manusia
Tarikh lahir : 3 julai
Pekerjaan : Lanun (Kumpulan Lanun Topi Jerami, Jurumudi Kapal)
Saudara mara terkenal : Belle-Mere ( ibu angkat ) Nojiko ( Kakak angkat )
Ganjaran : 16,000,000 Beli


Nami merupakan satu watak rekaan dalam manga dan anime One Piece.

Nami merupakan jurumudi kapal kepada Kumpulan Lanun Topi Jerami, merupakan seorang anak gadis cantik berambut oren yang seringkali kelihatan berbangga dengan kecantikannya. Pada awal siri, dia merupakan seorang pencuri yang suka mencuri harta rampasan lanun lanun yang lain. Dia telah bekerjasama dengan Luffy untuk berdepan dengan Lanun Buggy sebelum mencuri hartanya. 

Walaupun dianggap sebagai anak kapal kedua yang menyertai Luffy, dia hanya bersetuju secara rasmi menjadi anak kapal Luffy setelah penyertaan Usopp dan Sanji, setelah kampungnya diselamatkan.

Nami berasal dari sebuah kampung yang dikuasai oleh kumpulan lanun manusia ikan yang diketuai oleh manusia jerung bernama Arlong. Oleh kerana bakatnya melakar peta, Nami telah dilantik menjadi salah seorang dari ahli lanun Arlong dan dipaksa untuk melukis peta laut kawasan tersebut untuk memudahkan mereka menguasai perairan sekitarnya. 

Nami telah membuat perjanjian dengan Arlong untuk memberikannya 100,000,000 beli seandainya dia mahu menebus kampungnya dari Arlong. Dia telah mengumpulkan wang semenjak itu untuk tujuan pembebasan kampungnya sehinggalah dia menyedari yang Arlong telah menipunya. Setelah ketibaan Luffy dan teman temannya, kumpulan lanun Arlong telah berjaya ditumpaskan dan kampung Nami telah bebas.

Selain melukis peta, Nami merupakan jurumudi yang luar biasa, dia dapat meramal dengan tepat perubahan arus lautan, suhu persekitaran dan perubahan angin, dia juga memiliki kepekaan yang tinggi terhadap perubahan cuaca. 

Nami bertempur menggunakan tongkat panjang yang boleh dipisah kepada 3 kerat, kekuatan tongkatnya dipertingkatkan setelah Usopp mencipta "clima tact" untuknya. Dengan Clima Tact, Nami dapat mencipta persekitaran dengan cuaca yang dikehendakinya seperti angin kencang, awan hujan dan awan kilat.

Nami mementingkan 2 perkara dalam hidupnya, Pokok Limau dari ladang peninggalan ibu angkatnya dan juga duit. Nami mempunyai impian untuk melukis peta dunia.





JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v

Comments
0 Comments






Blogged.my Checkpagerank.net Blogged.my blogr.my My Ping in TotalPing.com My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Ping your blog, website, or RSS feed for Free
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;