Nama : Usopp
Gelaran :  Raja Penembak Tepat ( sogeking )
Umur : 17
Jantina : Lelaki
Spesies : Manusia
Tarikh lahir : 1 April
Pekerjaan Lanun (Kumpulan Lanun Topi Jerami, Ahli penembak)
Saudara mara terkenal :Yasopp (bapa) Banchina (ibu, telah meninggal)
Ganjaran : 30,000,000 Beli (sebagai Sogeking)



Usopp merupakan seorang watak rekaan dalam manga dan anime One Piece. Dia merupakan seorang ahli tembak dan anak kapal ketiga yang menyertai Monkey D. Luffy sebagai ahli Kumpulan Lanun Topi Jerami.
Usopp memiliki sepasang mata yang bulat penuh, berambut kerinting hampir separas bahu dan batang hidung yang memanjang kehadapan.

Ia menjadi tanda pengecamannya yang paling ketara dalam banyak keadaan. Seringkali kelihatan memakai bandana dengan sepasang cermin mata unik yang boleh dilaraskan. Dia membawa beg galas yang menyimpan segala macam peralatan untuk kegunaannya di sepanjang pengembaraan.

Usopp berasal dari sebuah kampung kecil yang aman damai di laut timur. Ayah Usopp merupakan seorang lanun yang hebat, anak kapal kepada Shanks berambut merah. Dia dan ibunya telah ditinggalkan oleh ayahnya untuk menyertai angkatan lanun. Usopp bagaimanapun sangat berbangga dengan kerjaya ayahnya dan bercita-cita untuk mengikut jejak langkah ayahnya suatu masa nanti.

Usopp seorang yang licik, seringkali menggunakan tipu helah untuk mengenakan musuhnya, dia juga merupakan penempur jarak jauh yang hebat, kebolehannya dalam menganggar jarak menjadikan apa apa sahaja yang menjadi sasarannya sesuatu yang mustahil dielakkan. Dalam satu insiden, dia telah melepaskan serangan dan mengenai sasarannya dengan tepat walaupun berada di suatu kawasan yang jauh yang mana peluru tembakan juga tidak mampu untuk sampai. 

Usopp menggunakan hampir apa sahaja sebagai senjata, dia selalunya menggunakan lastik sebagai senjata kegemarannya, peluru lastiknya terdiri daripada seringkas ringkas telur busuk hinggalah bom aneka jenis yang sangat berbahaya. Antara kebolehan lain usopp termasuklah merekacipta pelbagai peralatan rumit untuk pelbagai tujuan.

Usopp mempunyai impian untuk menjadi pahlawan gagah berani di laut sepertimana ayahnya Yasopp


JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v

Comments
0 Comments






Blogged.my Checkpagerank.net Blogged.my blogr.my My Ping in TotalPing.com My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Ping your blog, website, or RSS feed for Free
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;