Nama : Sanji
Gelaran :   Kaki Hitam
Umur : 19
Jantina : Lelaki
Spesies : Manusia
Tarikh lahir : 2 mac
Pekerjaan : Lanun (Kumpulan Lanun Topi Jerami, Tukang Masak)
Ganjaran : 77,000,000 Beli 



Sanji merupakan salah seorang watak dalam kisah manga dan anime One Piece. Dia merupakan anak kapal ke-4 yang menyertai Monkey D. Luffy, berperanan sebagai tukang masak dalam Kumpulan Lanun Topi Jerami.

Sanji berambut pendek berwarna perang keemasan dengan rambut hadapan yang panjang menutupi sebelah matanya dan mempunyai sedikit janggut yang agak nipis. Apa yang unik pada wajahnya ialah hujung keningnya yang panjang telah membentuk lingkaran memusar seperti ubat nyamuk, namun ini tidak menjejaskan ketampanan wajahnya.

Sanji seringkali kelihatan memakai sut berwarna hitam dengan kemeja berbelang menegak berwarna biru di dalam, dan merokok sepanjang masa, sesuatu yang agak ironik pada ciri seorang tukang masak yang sememangnya mementingkan deria rasa.

Sanji bertempur menggunakan kaki kerana dia sangat menghargai tangannya yang digunakan hanya untuk memasak. Setiap tendangannya memiliki nama yang unik dan kebanyakkannya diambil dari nama nama masakan. Sanji mempunyai ketahanan yang sangat tinggi terhadap haba, salah satu serangan terkuatnya menjadikan sebelah kakinya merah membara dengan kepanasan yang tinggi setelah bergeser dengan udara pada kelajuan tinggi.

Secara nyata Sanji paling menghargai 2 perkara iaitu makanan dan perempuan, sebagai tukang masak dia sanggup menyediakan makanan untuk sesiapa sahaja yang memerlukannya tidak kira pada mereka yang baik ataupun jahat. Dia melayan sesiapa yang lapar sebagai mereka yang perlu diberi perhatian sepenuh. 

Sanji juga mempunyai perasaan yang istimewa terhadap perempuan, dia berpegang pada falsafah untuk tidak akan sesekali mencederakan perempuan tidak kira kawan ataupun lawan, salah satu perkara yang membuatkan kemarahannya memuncak ialah apabila melihat perempuan dicederakan.

Sanji mempunyai impian untuk mencari All Blue.



JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v

Comments
0 Comments






Blogged.my Checkpagerank.net Blogged.my blogr.my My Ping in TotalPing.com My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Ping your blog, website, or RSS feed for Free
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;