Nama : Franky
Gelaran : Cyborg
Umur : 34
Jantina : Lelaki
Spesies : Manusia
Tarikh lahir : 9 Mac
Pekerjaan : Lanun (Kumpulan Lanun Topi Jerami, Serimala Kapal)
Ganjaran : 44,000,000 Beli

Franky, juga digelar "Cyborg" Franky, atau nama asalnya Cutty Flam adalah ahli ketujuh yang menyertai Kumpulan Lanun Bertopi Jerami sebagai tukang kapal dalam manga dan anime One Piece.

Franky mudah dikenali melalui penampilannya, dia memakai celana renang sepanjang masa, rantai besi sebagai rantai leher dan kemeja Hawaii yang tidak dibutangkan, cara pemakaian bajunya mungkin diilhamkan daripada watak Ace Ventura di dalam filem Ace Ventura When Nature Call lakonan Jim Carrey, malah bentuk rambutnya jugak diilhamkan daripada watak tersebut. Franky berbadan sasa, lengannya pula besar dan menonjol seperti watak Popeye dan di cacah dengan bentuk bintang sudut lima berwarna merah. Dia memiliki dagu yang berbelah 3.

Beliau sebenarnya salah seorang yang dianggap sebagai tukang kapal berlegenda kerana pernah menjadi perantis serimala kapal manusia ikan bernama Tom. Sebelum menyertai kumpulan bertopi jerami Franky menjadi ketua untuk 'Ahli Keluarga Franky' yang terdiri dari kalangan samseng dari pulau Water Seven. Setelah tamat peperangan di Enies Lobby, Franky menjadi ahli rasmi menyertai kumpulan bertopi jerami setelah dipaksa dengan pujukan.




JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v

Comments
0 Comments






Blogged.my Checkpagerank.net Blogged.my blogr.my My Ping in TotalPing.com My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Ping your blog, website, or RSS feed for Free
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;