Masing-masing ada ceritanya,
Memang masing-masing tercerita,
Memenuhi ruang dan detik,
Ketika jasad belapis ruh,
Bukan sepertinya selalu.
Berbeza kehendak masing-masing,
Yang satu, mahunya gembira,
Yang satu, mahunya abadi,
Kalau bersatu, mahunya abadi gembira.
Bukan selama-lamanya,
Tapi seabadi-abadinya.
Kerja dengan seikhlas hati,
Bersyukur semahu naluri kita,
Semoga, cucu cicit kita terbiasa,
Amin...., kita ini cucu cicit orang,
Baik-baik sahaja,
Untuk esok yang dijelang.
Sebuah dusta mungkin terlakar,
Mengobar-gobar jiwa yang tercalar,
Diguris dari yang terpendam,
Dalam, sungguh esok nanti.
Mari hayati perpaduan insani,
Dari tekad untuk berbakti,
Demi anak-anak masa hadapan,
Kita ingin yang sederhana.
Kita dituntut cuma baik,
Kita diberi hanya cukup,
Calar itu cuma parut nanti,
Mohon semua baik-baik sahaja.
Tweet