21 April 2012 0 Pengomen Terbaik

Cuti Yang Bosan



Assalammualaikum dan salam sejahtera

Hari ini cuti aku macam tiada erti sebab asyik meniarap macam biawak jer pastu berhadapan dengan laptop sambil ditemani dengan milo panas dan Oat Krunch...huhu. Aktiviti yang aku lakukan hari nie 

Cuci Baju

Masak

Kemas Bilik

Dan edit video di windows movie maker untuk di upload ke you tube

Facebook dan twitter hanya di pandang sebelah mata jer hari nie, entahlah takde mood nak mencarut..hehe..nak jalan takde plak nak temankan, nak tengok movie takde plak cerita best, arrgghhh...hahaha....tetibe..ok la malas nak mencarut panjang2 secara kesimpulannya cutiku hari ini seakan tidak bererti...huhu...bye~~~


JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v

07 April 2012 0 Pengomen Terbaik

Bob Lokman Ketika Dulu


Bob Lokman

Biodota

NAMA : Mohd Hakim Lokman
ASAL : Kubang Krian, Kelantan
LAHIR : 1964
PENDIDIKAN : Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad, Kajang, 
   Selangor
KERJAYA : Pengurus kumpulan Wings (1986-89), Pengurus Hattan (1990), 
   Pembantu peribadi M. Nasir (1991), Pengurus Ramli Sarip (1992), Pengurus
   kumpulan Teacher's Pet (1994); Pencipta lagu & Penulis senikata; Pelakon & 
   Pengacara
KELUARGA : Berkahwin dan dikurniakan cahaya mata Muhamad Adam 
   (1993), Omar Hakim (1994) & Ahmad Sufian (1995); Berkahwin dengan 
   Relawati Daud dan dikurniakan cahaya mata Muhamad Irham (2006)
ANUGERAH : Penulis Lirik Terbaik, lagu Isabella persembahan Search, 
   Anugerah Juara Lagu TV3 (1989)
FILEM : Yes, Tuan! (1996 / pelakon utama)

Pencipta Lagu Dan Penulis Senikata
♬♪ Taman Rashidah Utama (1988 / Wings - Hukum Karma)
♬♪ Fotostat (1988 / Wings - Hukum Karma)
♬♪ Purnama (1989 / Search - Fenomena)
♬♪ Warisan Wanita Terakhir (1994 / Teacher's Pet - Eh... Keras Tu!)
♬♪ Malas (1994 / Teacher's Pet - Eh... Keras Tu!)

Pencipta Lagu
♬♪ Songsang (1989 / Search - Fenomena)
♬♪ Dakapkan Ku Ke Syurga (1994 / Teacher's Pet - Eh... Keras Tu!)

Penulis Senikata
♬♪ Inspirasi Taming Sari (1987 / Wings - Belenggu Irama)
♬♪ Intan Ku Kesepian (1987 / Wings - Belenggu Irama)
♬♪ Belenggu Irama (1987 / Wings - Belenggu Irama)
♬♪ Sekeping Kertas Bermaruah (1987 / Wings - Belenggu Irama)
♬♪ Dari Tuhan (1987 / Wings - Belenggu Irama)
♬♪ Jerangkap Samar (1988 / Wings - Hukum Karma)
♬♪ Orang Kita (1988 / Wings - Hukum Karma)
♬♪ Isabella (1989 / Search - Fenomena)
♬♪ Memandu Nafsu (1990 / Search - Karisma)
♬♪ Teguh (1990 / Search - Karisma)
♬♪ Orait Mama (1990 / Search - Karisma)
♬♪ Kasih (1990 / Ella - Identiti)
♬♪ R 'N' R Lu Punya Suka (1991 / Wings - Jerangkung Dalam Almari)
♬♪ Akhirnya (1992 / Search - Double Trouble)
♬♪ Ikutkan Saja (1992 / Search & Wings - Double Trouble)
♬♪ Kuburkan Aku (1993 / Wings - Bazooka Penaka)
♬♪ Rock 'N' Roll Band (1993 / Wings - Bazooka Penaka)
♬♪ Tangisan Marhain (1993 / Wings - Bazooka Penaka)
♬♪ Puisi Merdeka (1993 / Wings - Bazooka Penaka)

Ungkapan Kata
"Saya belajar menjadi pengurus artis daripada buku sahaja. Saya baca cara pengurus kumpulan Led Zeppelin melakukan tugasnya. Bila nak tulis lagu, saya tengok dan bertanya pada M. Nasir dan Usop Kopratasa. Begitu juga bila nak anjur persembahan pentas saya belajar daripada Ali Bakar" - Bob Lokman 



JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v

06 April 2012 0 Pengomen Terbaik

Kumpulan Dadali Kembali

Kumpulan Dadali ingin mencuba pasaran Malaysia

TIGA tahun lalu, dalam poket mereka hanya ada gumpalan wang kertas 5,000 rupiah atau RM2 saja. Dengan wang sebanyak itu, mereka membeli dan berkongsi makan sebuku roti mengalas perut sambil mencari syarikat rakaman di sekitar Jakarta yang hiruk-pikuk. 

Produser rekod ditemui pula menolak dan hanya pandang sebelah mata mengatakan tiada masa untuk mendengar lagu ‘demo’ mereka.

Apapun, itu adalah pengalaman awal dilalui enam anggota kumpulan Dadali dalam mencari tapak mengembangkan bakat seni. Sejak single sulung mereka bertajuk Di Saat Aku Mencintaimu mencapai hit 2 juta pendengar, nama mereka tiba-tiba melonjak dikenali di serata Indonesia. 

Malah, lagu itu juga begitu dikenali kerana menjadi lagu tema drama bersiri 13 episod bertajuk Dingin Lavenda disiarkan menerusi slot Zehra di TV3. 

Kumpulan Dadali kembali dengan single kedua mereka, Cinta Bersemi Kembali. Lagu berasaskan curahan perasaan peminat di facebook (FB) diketengahkan dengan disuntik elemen cinta dengan susunan muzik dan lirik mendayu-dayu. 

“Apa dapat kami perkatakan dalam dunia hiburan, kami juga pasti berdepan cabaran baru dan tidak dapat menutup mulut orang bercerita mengenai Dadali.

“Jika dulu kami sukar mendapat produser, sekarang kami sudah ada produser yang memberi peluang dan sentiasa menggalakkan kami memperbaiki kualiti muzik dan mesej lagu untuk peminat.

“Cabaran baru pula? Ramai juga di  Indonesia suka membandingkan kumpulan Dasdali dengan Peter Pan dan vokal saya seperti Ariel. Perbandingan seperti itu membuat kami kurang selesa kerana Dadali ada identiti sendiri dan bukan cuba meniru kumpulan lain. Semua itu secara kebetulan,” katanya. 

Dadali ditemui pada sesi pelancaran album Di Saat Aku Mencintaimu dan single Cinta Bersemi Kembali di Hard Rock Cafe, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, Selasa lalu. Mereka bernaung di bawah label Nagaswara dan album mereka di Malaysia diedarkan oleh Tropic Jaya Sdn Bhd. 

Vokalis Dadali iaitu Dyrga.

Kumpulan berasal dari Bogor ini dianggotai oleh Dyrga selaku vokal, Rickard (gitar), Yuda (gitar), Oq (dram) dan Rix (keyboard). Salah seorang daripada enam anggota asal iaitu pemain gitar bass, Fadel tidak lagi bersama Dadali kerana memilih untuk melanjutkan pengajian di Australia. 

Mengapa mereka memilih untuk bergerak dengan nama Dadali? Kata Dyrga: “Dadali bermaksud burung Garuda dalam bahasa Sunda. Pemilihan nama itu secara falsafahnya menggambarkan burung mengepak sayap dengan kuat dan terbang tinggi di angkasa. 

“Masih banyak mahu kami buat kerana apa dibuat sekarang baru permulaan. 
Perancangan lain adalah menghasilkan single ketiga yang disusuli album studio kedua selepas ini. Album baru ini memuatkan tiga lagu Melayu yang berkonsepkan pop alternatif. 

“Saya mendapat inspirasi daripada penyanyi hebat Malaysia seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Amy Search dalam menghasilkan lagu yang sedap,” katanya. 

Apa lebih menarik, Dyrga juga mendapat pelawaan daripada Peter Pan untuk menjayakan konsert jelajah mereka. 

“Kami tidak bermusuhan dengan mana-mana dan tidak berminat bersaing mengatasi dengan membenci satu sama lain. Kami cuba memberikan lagu dan seni dengan cara kami sendiri dan terpulang kepada peminat untuk menerima atau menolak. 

Dadali yakin jika produk bagus, peminat pasti suka. Kami juga sukakan sikap peminat di Malaysia kerana ‘sporting’ dan tidak terlalu mendesak. 

“Jika kami makan, mereka tidak terburu-buru datang meminta menandatangani autograf atau bergambar hinggalah kami selesai. Jika di sana, kami tidak dapat berbuat seperti itu kerana pasti diserbu dan ditarik tanpa mengira keadaan,” katanya.


JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v

04 April 2012 0 Pengomen Terbaik

Ada kesan lebam di badan, ibu Andika mohon polis lakukan siasatan



KOTA KINABALU: “Kami tuntut agar pihak polis untuk menyiasat secara menyeluruh kes kematian Andika kerana kami tidak percaya dia telah membunuh diri,” kata ibu kepada Andika Alam Duri, 23, yang ditemui mati tergantung di jemuran tempoh hari.

Aisyah Ahmad, 60, ketika ditemui di sini kelmarin menegaskan bahawa anak lelakinya kini selamat dikebumikan dan dia masih dalam keadaan terkejut ekoran insiden berkenaan yang menyelebungi mereka sekeluarga.

Enggan mempercayai Andika membunuh diri, apatah lagi setelah mengetahui bahawa terdapat kesan lebam di badan allahyarham ketika jenazah dimandikan, menambah keyakinan Aisyah bahawa kematian anaknya adalah disebabkan faktor lain.

“Kami sekeluarga amat terkejut dengan musibah menimpa Andika namun kami terpaksa redha apabila polis mengesahkan allahyarham mati disebabkan membunuh diri.

“Bagaimanapun, ketika mayat anak saya dibawa pulang ke kampung halaman di Lahad Datu, beberapa saudara-mara yang ketika itu sedang memandikan jenazah Andika mendapati ada beberapa kesan lebam di badannya.

“Kami semua merasa pelik apabila mendapati ada kesan lebam di perut, kaki, dan kesan seperti ikatan tali pada dadanya. Anak saya seakan-akan diseksa sebelum dia meninggal dunia,” katanya.

Tambahnya, dia dan keluarganya kemudian memaklumkan perkara itu kepada polis Lahad Datu agar menjalankan bedah siasat semula bagi mengetahui punca lebam yang ada di badan allahyarham.

“Kami dimaklumkan oleh pihak hospital bahawa keputusan bedah siasat hanya akan diketahui dalam tempoh seminggu dua ini.

“Naluri ibu, Andika tidak akan membunuh diri kerana dia adalah anak yang baik dan patuh kepada kedua ibu bapanya, apatah lagi tidak pernah berbuat masalah kepada orang.

“Sehubungan itu saya akan bersabar menanti keputusan bedah siasat berkenaan,” katanya.
Dalam pada itu, Aisyah berkata satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Menggatal yang meminta agar pihak polis melakukan siasatan terperinci berhubung kes itu.

“Pada laporan polis itu saya menyatakan segala perkara yang berlaku sebelum allahyarham ditemui mati termasuklah pergaduhannya dengan rakan serumah.

“Beberapa hari sebelum anak saya ditemui mati, dia pernah menghubungi saya dan memberitahu ada rakan serumahnya mahu mengancamnya dengan membawa kumpulannya yang dipanggil ATAP.

“Selepas itu saya menasihatkannya agar tidak terlibat dalam pergaduhan, malangnya nasihat itu adalah kali terakhir saya berikan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Sabah, Datu Akjan Ali Mohamad meminta agar perkara berkenaan disiasat mendalam oleh pihak polis ekoran terdapat faktor mengelirukan berhubung punca kematian.

“Kita meminta agar pihak polis untuk menyiasat perkara ini secara terperinci.
“Ini sebagai keadilan kepada keluarga Andika yang percaya allahyarham tidak akan membunuh diri lebih-lebih lagi dia merupakan anak yang baik budi pekertinya,” katanya yang turut bersama-sama ibu bapa Andika kelmarin.

Dalam kejadian pada 26 Mac lepas itu, mangsa ditemui mati dalam keadaan tergantung di jemuran yang terletak di bahagian luar dapur rumahnya di tingkat empat, Taman Sri Maju, Menggatal.



JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v







Blogged.my Checkpagerank.net Blogged.my blogr.my My Ping in TotalPing.com My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Ping your blog, website, or RSS feed for Free
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;