31 March 2012 1 Pengomen Terbaik

Sahabat


Sahabat...
Hadirmu seperti mentari
Terbit menyinari pagi hari
Menghangatkan kehidupan ini
Menghapuskan sedih di hati

Sahabat...
Hadirmu seperti awan
Melindungiku dari kepanasan
Yang membuatku nyaman
Merasakan indahnya kehidupan

Sahabat...
Hadirmu seperti bulan
Menjelang tatkala ku sendirian
Melemparkan senyum yang menawan
Hingga aku merasa ketenangan

Sahabat...
Hadirmu seperti bintang
Menyinari malamku agar terang
Mengejutkanku dalam mimpi bertandang
Kala hati sendu dan gelisah kau datang

Sahabat...
Hadirmu seperti hujan
Menyejukkan hati yang sedang tertekan
Terjaga dengan titisan gurauan
Mengirimkan sejuta penghiburan

Sahabat...
Hadirmu seperti langit
Merawat hatiku yang sedang sakit
Menjauhkan aku dari perasaan perit
Memberikan kaunseling sikit demi sedikit

Sahabat...
Wahai sahabat...
Tanpamu, tidak ku kenali apa itu erti sahabat.
Tanpamu, tidak ku mampu bergerakkan kaki.
Tanpamu, tidak ku berdaya harungi mimpi.
Tanpamu, tidak ku rasai keindahan hidup ini.
Dan,
Tanpamu, siapalah aku..!!!





JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v

30 March 2012 7 Pengomen Terbaik

Gelang Hidup


Berkira-kira mencapai mentari
Menyusun langkah sejenak diatas
Siapa yang mengundur
Siapa yang terundur
Di usung oleh usia
Di desak oleh gelisah
Terpaku pada cerita
Keliru ada rindu
Maafkan aku untuk sekali ini
wahai sahabat yang kejauhan
Segalanya ingin ku beri padamu

Tapi,,,
Kita cuma mampu mendengar bayu laut betiup
Mengutus pesan pada burung-burung yang terbang
Menunggu siang menjadi malam
Mencari sepi di detik-detik senja
Siapa kita pada dirimu.

Biar,,,
Sepanas mana perjalananku
Sejauh mana bahang ku rasa
Seluas mana beban yang ku pikul
Sesepi mana diriku sendiri
Hidup ini pasti harus diteruskan
Ditempuhi serta dijalani.


JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v

27 March 2012 2 Pengomen Terbaik

Kawan Yang Telah Pergi

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau ampunilah sahabatku ini , Naikkanlah darjatnya diantara orang yang mendapat hidayah dari Mu, Dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, Luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya...Seseungguhnya kepada Mu lah tempat kami memohon keampunan & keredhaan.

Hari ini hati sebak sangat-sangat bila mendengar berita bahawa kawan aku yang telah bersama aku selama 13 tahun dari sekolah rendah hinggalah sekarang telah pergi untuk selama-lamanya seakan aku tak percaya yang dia telah pergi tinggalkan dunia ini.

Itulah janji Allah yang pasti iaitu Mati Itu Benar. Apabila telah sampai masanya tidak akan di lewatkan atau di awalkan walau seminit. Aku telah kehilangan rakan rapat yang boleh di katakan berumur sebaya yang telah kembali menemui Penciptanya. Sudah bersediakah aku dalam mengikuti jejak kawan-kawan yang telah pergi terlebih awal?

Bila aku kenang semula segala kenangan aku dengan arwah terlalu banyak kenangan suka dan duka. Bila aku sedih dia la yang menghiburkan aku dengan lawak jenaka yang kadang kala kelihatan bodoh namun dia tetap buat aku ketawa.

Tanpa aku sedari aku telah menitiskan air mata tanpa ku sengaja. Tiada lagi gurauan senda, canda tawa, senyumanmu bila kita bersama. Masih aku teringat masa belajar dulu, masa tu aku bergaduh dengan orang lain, masa itu lah dia datang membantu aku, masa aku kelaparan, dia sanggup berkongsi walaupun sedikit, masa aku kesedihan dialah tempat aku mengadu.

Bertahun lama berkawan, kini hanya tinggal menjadi sejarah dan kenangan permergianmu hilang di mata seakan aku tak percaya. Dari masih kecil lagi aku telah mengenali arwah dan sekelas dengan dia hinggalah memasuki alam sekolah menengah aku masih sekelas dengan dia. tetapi selepas tingkatan 4 dia telah tukar sekolah ke SMK Teknik dan masa tu aku dengan dia berpisah dan bila aku dapat tawaran untuk menyambung pelajaran ke Politeknik Kota kinabalu, sekali lagi aku ditakdirkan untuk bersama dia. Masa itu aku memang gembira sangat-sangat, biasa lah sudahla aku tak kenal siapa-siapa masa tu nasib la dia ada.

Sejak itu aku dan arwah selalu bersama-sama melakarkan kenangan yang tak mungkin aku lupa kerana terlalu banyak hinggakan air mata berlinangan bila mengenangkan  Dan mungkin bila aku terkenangkan lagu yang pernah kita nyanyi bersama-sama dulu. Lagu itu akan ku dengar bila aku terasa merindukanmu sahabat.

Dan segala memori  bersama-samanya pun kembali satu per satu. Aku rasa terkilan dan sesal. Kenapa? Sebab aku rasa inisiatif aku untuk kembali berhubung dengannya selepas tamat Politeknik. Dan aku terlewat tahu akan pemergian seorang sahabat & seorang teman yang sangat baik budi pekertinya. Mungkin aku sudah terlambat tahu, tapi aku mengharap agar Al-Fatihah ku ini masih belum terlambat sampai kepada arwah, Andika.

Arwah akan aku semadikan di dalam hati dan ingatan sahabat...semoga arwah tenang disisi-Nya. Apa yang aku termampu hadiahkan segulung doa untukm arwah dari kejauhan.

Al-Fatihah buatmu sahabat, Andika...




JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v

23 March 2012 0 Pengomen Terbaik

Bulan 8 Di Sandakan


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Nak buat entri tentang lagu Bulan 8 Di Sandakan...Siapa tahu lagu nie..?? hehe..mesti ada yang tahu lagu nie kan ? Mungkin juga ada yang tak tahu dan tak pernah dengar lagu nie..pada yang tahu lagu nie mesti korang teringat nostalgia lama..hehe... 
BULAN 8 DI SANDAKAN 
Kalau nak dengar lagu nie, tekan pause dulu lagu blog ni

Lirik Lagu

Kisah mula dulu kala bila hati jatuh cinta
Ku terkenang raut wajah bila pejam mata
Tawa jiwa ubat luka ingat dikau yang di sana
Lagu ini khasku gubah untuk mu oh sayang

Oooo...Hatiku mulai bosan
Rinduku padamu bulan kemudiannya ku datang
Oooo...Ku sangka engkau riang
Rupanya halauku pulang bulan lapan di sandakan

Kisah mula dulu kala bila hati jatuh cinta
Rasa indah dalam jiwa dan bilaku pejam mata
Rasa rindu tak terkira fikiran ku mahu gila
Pabila bulan purnama

Lagu ini khas ku gubah bukan malukan siapa
Tapi indah dalam jiwa  bila kenang kisah lama
Satu cara yang ku buat cipta lagu untukmu ..
oh sayang

Dengarlah....Oh sayangku
Aku cinta padamu cinta ku hanya satu 
Kau pun tahu kini sekarang aku jangan terus cemburu 
Jeleknyalah rupa mu siapa mahu..

Bulan lapan di sandakan
Bulan lapan di sandakan


Berikut adalah serba sedikit mengenai band Gerodok : 

Band Gerodok adalah Genre Punk yang berasal Dari Lahad Datu. Lagu "Bulan 8 Di Sandakan" merupakan ssalah satu lagu yang amat popular suatu ketika dulu dan lagu ini adalah hasil lirik dan lagu di tulis oleh saudara Pyan ( Gerodok ).

Line Up bagi kumpulan ini ialah :
Guitarist - P-yan
Bass - Mamat
Drumer - T-yam
Vokalis - P-e

Pada tahun 1995 Battle of the Band di sinilah band gerodok memperkenalkan kepada masyarakat luar dan telah menubuhkan band "Celebrity Punk" ( sebelum guna gerodok ) .Persambahkan irama muzik baru ditelinga mereka yang lain, Beberapa lagu Cover dari band local The Pilgrims, Carburetor Dung, Subculture dan The Bollock. 

Memang pada waktu itu banyak band-band rock di Lahad Datu yang ingin merebut Juara battle of the band setiap tahun, tapi itu hanya untuk kepuasan sendiri dan pada kawan-kawan yang lain. Dari situ Band gerodok terus bersama memainkan lagu punk setiap kali anjuran Battle of the band. 

Di pertengahan tahun 1996 line-up band gerodok berundur diri, Yusly dan Taib membawa diri ke Kuala Lumpur kepincangan band ini ketara sekali terutama di dalam Drummer dan kekosongan itu Joey selaku drummer band yang baru. 

Pada waktu itu band ini mula menukar nama band sekali lagi dan menukar kepada nama band "Grow Dog" satu nama yang memberi pembaruan dan cuba menghasilkan lagu sendiri. Band gerodok yang baru 4 jejaka tampan, tapi tidaklah sehebat nama yang selalu di sebut "Gerodok" oleh kawan-kawan yang lain, dari situ mereka mula tukarkan kepada "GERODOK".



JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v

22 March 2012 2 Pengomen Terbaik

Nada Tersilang



Subuh ini berlalu, ku nanti, ku tunggu
Seakan kau silih berganti 
Dia dan kau yang berbeza berlagu
Memenuhi irama dalam hidup mu
Tapi aku tidak bersayap kasih 
Cuma berbulu ihsan yang ikhlas


Bukan ini, dari keperluan hari
Memang, hari semalam kelam
Agar ada nada yang tersilang
Memulai ikatan yang bukan derita
Tapi lara memang ada berbibit
Kerana esok ada tunas barangkali


Pasti kita ukir banyak tertawa
Tidak terbulat jalinan yang utuh
Kalau terbujur dengki dan sangsi
Tidak didamba kehadiran bayangmu
Kalau masa itu, punah durjana
Sungguh gembira ini tertanam


Lalalala... lagu rock cintan ini amat asyik
Aku merangkak di alur kenangan silam
Kawan, pagi mu, pagi ku, pagi dia dan kamu
Adalah pagi kita semua sama, 
Beransur sepi ingati aku menjelang
Tak akan aku beranur-ansur
JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v

21 March 2012 0 Pengomen Terbaik

Aku, Gitar, Dan Drum



Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Yeepps hari nak tulis enrty semasa aku muda-muda dulu...hehe...da tua sangat ka aku nie..?? ( monolog dalaman ). Entah mengapa tiba-tiba rindu pula dengan kenangan lama dengan member-member band aku dulu sewaktu masa belajar. Rindu sangat nak ketuk drum dan petik gitar...hehe...

Dulu lepas je kelas, apa lagi kumpul duit semata-mata nak jamming masuk studio la katakan..boleh dikatakan setiap minggu, 3 atau 4 kali pergi jamming..haha,apa motif aku buat entri pasal nih?? ok lupakan dan teruskan...Sebelum itu, nak ceta sikit tentang gitar dan drum....

Gitar tu adalah instrumen muzik yang mempunya tali..arhh..pandai-pandai la korang nak interpritasikan apa itu gitar..hahaha...Gitar adalah suatu alat muzik tradisional yang berasal daripada negara Sepanyol sehingga dipercayai bahawa alat muzik ini berasal dari sepanyol. Tapi ada sesetengah mengatakan bahawa sejarah gitar memang sudah bermula lagi sebelum Masihi iaitu pada zaman Babylon. Pada awalnya alat muzik ini bentuknya kecil dan mempunyai empat tali tapi sekarang ada banyak jenis, ada yang 6 tali, 12 tali...dan seterusnya la...

Dram pula alat muzik seperti gendang yang dipasangi belulang pada satu atau kedua-dua hujungnya dan dimainkan dengan mengetuknya dengan tangan atau kayu dram...
itu serba sedikit pengetahuan tentang gitar dan drum...nak tulis panjang-panjang pun sampai esok pun belum tentu siap...hehe..

Ok teruskan dengan motif entri nie...ayat di atas tu hanya sekadar pengetahuan asas je..
mesti ramai orang yang terasa ingin main gitar tapi tak pandai..hehe...cuba bayangkan jika anda memainkan apa saja lagu kegemaran dengan menggunakan gitar sambil di temani kekasih hati...romantik bukan..?? haha...cuba tengok gambar kat bawah tue..

Sebagai contoh je bila memainkan gitar dengan kekasih hati...
tapi jangan main dekat jalan raya mcm pic kat atas tu,,
itu cari nahas namanya...hehe

Ok bayangkan situasi ini pula..semasa anda keseorangan secara tiba-tiba berkumandang lagu kegemaran anda di corong radio dan corong apa sekali pun ( adakah ? ) lalu terfikir " best juga lagu ni.." anda pun segera mengambil gitar dan terus main lagu tu..seronok bukan..?? haha...sekali lagi...

Tapi sekarang da ramai yang hebat-hebat belaka main gitar nie tak kira perempuan mahu pun lelaki...mesej kat atas tu khas untuk orang yang tak reti nak main atau pun baru nak belajar..


Bukan apa...ada keseronokan semasa bermain gitar, kadang kala gitar la peneman kesepian, menghilangkan kebosanan, dapat cipta lagu, wah nak masuk bab-bab nak jadi komposer da nie...hehe...

Rasanya da jauh terpesong entri nie...?? ok patah balik ke jalan asal...!!
Aku mula belajar main gitar pada umur 12 tahun kalau tak silap darjah enam, gitar kapok..abang yang ajar..dan lagu pertama kali aku mula memainkan gitar adalah lagu Sinambungan Cinta kumpulan Gravity..hehe...sebab kod gitar lagu nie senang je..kod asas...Am, Dm, G, C, F, Dm, E...kod nie macam-macam lagu boleh main..


Masa belajar main lagu nie dulu...hehe...dari siang ke malam dan malam ke siang lagu yang sama...orang yang tengah dengar aku main lagu nie pun da naik bosan, tengok muka dorang pun rasa nak tumbuk aku je...haha...

Bila aku masuk sekolah menengah mula la aku terjumpa dengan kawan-kawan yang pandai main gitar dan drum ( Tak hebat mana pun )..hanya sekadar pandai main je...

Dengan itu mula la bersepakat untuk pergi jamming...lagu wajib semasa pembukaan adalah lagu A.C.A.B - bersama semula...siapa tak tahu lagu nie..?? haha...masa dulu memang popular lagu nie..masa tertubuhnya geng-geng skin head, grunge, punk..tapi sekarang kurang da geng-geng macam nie kat malaysia...betul tak..?? ( bertanya kepada yang tahu je ) hehe...lagu kat bawah tu adalah lagu A.C.A.B - Bersama Semula...jom dengar...!!

Dengan sejujurnya aku tak boleh dengar lagu nie...
tetibe rasa sebak pula hati...maklumlah banyak 
kenangan dengan lagu nie...huhu...
Kalau korang nak main lagu nie tekan ini...
~~LINK~~
Ahli Band masa sekolah Menengah :
► Tidak tetap (penyanyi)
► Andika Alam (dram)
► Aman (gitar utama)
► Jasrie (gitar)
► Bryan (bes)

Bila tamatnya musim sekolah tiada lagi member-member nak pergi jamming...hehe...masing-masing bawa haluan...selama 6 bulan menjadi penganggur berjaya, aku mendapat tawaran untuk menyambung pembelajaran di politeknik kota kinabalu...gembira juga la sebab da memang tanam niat nak cari awek baru..haha...niat tak boleh blah...puiikk..!!..


Di saat itu aku terjumpa balik member aku dulu, bukan semua hanya pemain drum ( Andika ) dan aku cuba untuk tubuhkan semula band...dalam cari-cari orang yang pandai main terjumpa la juga akhirnya

Ahli Band masa kat polikk :
► Tidak tetap (penyanyi)
► Andika Alam (dram)
► Aman (gitar utama)
► Usman (gitar)
► Saipuddin @ puding (bes)

aku tengok member main drum macam best je ketuk mengetuk so aku belajar la walaupun memakan masa yang agak lama...( tak hebat sangat la macam pemain drum kumpulan wings ~Black~  ) hehe...asal bunyi dan boleh masuk dengan lagu, boleh da...mengarut..!!

Ini adalah member kad semasa aku tengah tubuhkan band dulu...hehe...warna pun da pudar...masih lagi tersimpan sampai sekarang...nama band Heavy Black...haha...ganas gitu...tak boleh blah..
Habis je masa study kat Polikk...semua masing-masing cari haluan hidup...so tinggal lah kenangan semuanya...

Ini gambar masa muda-muda dulu...
sekarang pun masih muda lagi ok...!! 
(^_^).v

Sekarang da tak lagi pernah pegang stick drum dan main gitar elektrik...wah rindu juga la...rindu nak buat orang menangis dengan persembahan kami yang sangat hancur...haha...Entri ni macam perjalanan seoarang Band terkenal je...haha...memang Band juga tapi Band kampung la...


Nampaknya ini saja la coretan yang dapat aku conteng...ok la bye....masa nak tidur, kena lagi hujan-hujan macam nie...perrghh...memang terbaik...!! chow...



JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v

17 March 2012 0 Pengomen Terbaik

Baik - Baik Sahaja

Masing-masing ada ceritanya,
Memang masing-masing tercerita,
Memenuhi ruang dan detik,
Ketika jasad belapis ruh,
Bukan sepertinya selalu.

Berbeza kehendak masing-masing,
Yang satu, mahunya gembira,
Yang satu, mahunya abadi,
Kalau bersatu, mahunya abadi gembira.
Bukan selama-lamanya,
Tapi seabadi-abadinya.

Kerja dengan seikhlas hati,
Bersyukur semahu naluri kita,
Semoga, cucu cicit kita terbiasa,
Amin...., kita ini cucu cicit orang,
Baik-baik sahaja, 
Untuk esok yang dijelang.

Sebuah dusta mungkin terlakar,
Mengobar-gobar jiwa yang tercalar,
Diguris dari yang terpendam,
Dalam, sungguh esok nanti.
Mari hayati perpaduan insani,
Dari tekad untuk berbakti,

Demi anak-anak masa hadapan,
Kita ingin yang sederhana.
Kita dituntut cuma baik,
Kita diberi hanya cukup,
Calar itu cuma parut nanti,
Mohon semua baik-baik sahaja.


JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v

16 March 2012 1 Pengomen Terbaik

One Piece



One Piece atau popular dengan nama Budak Getah di Malaysia, merupakan manga dan anime hasil karya oleh Eiichiro Oda. Ia telah bersiri dalam "Weekly Shōnen Jump" sejak 4 Ogos, 1997. Bab-bab masing-masing diterbitkan dalam jilid-jilid tankōbon oleh Shueisha, dengan mula dikeluarkan pada 24 Disember, 1997. Ia mengisahkan pengembaraan sekumpulan sahabat yang belayar bersama-sama mengejar impian masing masing.

Manga One Piece mula diterbitkan pada majalah Shonen Jump edisi #34 pada 4 ogos 1997 dan mula diterbitkan oleh Toei Animation di Fuji TV pada 20 Oktober 1999.


Pada awalnya, Eiichiro Oda merancangkan anime One Piece akan berlanjutan hanya selama dalam 5 tahun, dan dia telah menetapkan penamatnya dalam setiap cerita anime one piece. Tetapi disebabkan terlalu "menikmati" jalan ceritanya yang semakin mencabar dengan setiap rintangann yang di hadapi oleh ahli-ahli  kumpulan Lanun Topi Jerami dan sekarang dia tidak tahu bila cerita One Piece ini akan berakhir dan sampai sekarang anime One piece disiarkan pada setiap hari ahad waktu malaysia di GO GO ANIME dan Manga diterbitkan setiap minggu di Mangareader.net.


One Piece adalah manga dengan penjualan tertinggi ke tiga (setelah Kochikame dan Dragon Ball sepanjang sejarah Shonen Jump. Manga ini juga yang menyebabkan jumlah penjualan Shonen Jump naik pada 11 tahun terakhir ini. Volume 25 memegang rekod penjualan manga di Jepun, dengan 2.630.000 unit terjual pada cetakan pertama. Dan volume 46 mencapai lebih dari 140.000.000 unit terjual dan merupakan manga tercepat yang mencapai jumlah penjualan 100.000.000.


Kisah bermula 12 tahun sebelum era lanun, Raja Lanun Gol D. Roger semasa hari pemancungannya sambil tersenyum telah meninggalkan wasiat, dia menyerahkan harta karunnya One Piece kepada sesiapa sahaja yang menemuinya. Setelah kematian Gol D. Roger ramai orang menjadi lanun dan berlepas ke Grand Line untuk mencari One Piece dan era lanun pun bermula.


One Piece berkisar mengenai seorang lanun muda bernama Monkey D. Luffy yang memulakan pengembaraan dan mengumpulkan anak kapal secukupnya untuk berlayar merentangi Grand Line mencari harta karun legenda One Piece.

Kisah bermula semasa Lanun Shanks rambut merah menjadikan kampung halaman Luffy sebagai pangkalannya. Setelah sekian lama, Shanks telah bersedia untuk meninggalkan kampung Luffy untuk belayar ke Grand Line, pada hari itu Luffy telah menyatakan hasratnya kepada Shanks untuk menjadi raja lanun dan mengumpulkan anak kapal yang jauh lebih hebat daripada anak kapal Shanks. Shanks yang teruja dengan kata-kata Luffy telah mengamanahkannya dengan topi jerami kesayangannya dan meminta Luffy menyerahkannya kembali kepada Shanks setelah Luffy menjadi lanun terkuat kelak.

Di sepanjang pengembaraannya, seorang demi seorang anak kapal telah menyertai Luffy, setiap daripada mereka memiliki keistimewaan tersendiri, termasuklah sikap yang tidak masuk akal dan pendirian yang berbeza namun memiliki suatu persamaan, mereka pernah melalui saat yang sukar dan menyayat hati suatu ketika dahulu dan mempunyai impian hidup sendiri serta semangat setiakawan yang tidak berbelah bagi.

Luffy kemudian menerima sebuah kapal bernama Going Merry atau Merry Go sebagai tanda terima kasih daripada penduduk kampung sebuah pulau. Sepanjang pengembaraan mereka Going Merry telah menerima banyak kerosakkan yang hampir mustahil untuk dibaiki kerana ketiadaan tukang baiki kapal sehinggakan akhirnya mereka terpaksa meninggalkan kapal tersebut dan membakarnya melalui upacara pengkebummian ala Viking sebagai tanda menghormati ahli penting. Luffy kemudian menerima sebuah lagi kapal yang baru daripada salah seorang anak kapal sebagai tanda penghargaan, kapal ini dipanggil Thousand Sunny dan memiliki struktur yang lebih besar dan dibina dari kayu yang paling kukuh dalam dunia serta memiliki banyak kelebihan lain.




















Sebelah Kiri adalah "Going Merry" dan Kanan Pula Adalah "Thousand Sunny"

Going Merry di reka bentuk oleh Merry, pelayan kepercayaan mak cik Kaya. Kapal ini dilengkapi dengan empat meriam, satu di depan, Dua di setiap sisi kapal, dan satu di bahagian depan kapal. Meskipun memiliki meriam, mereka jarang menggunakannya; mereka memilih untuk melarikan diri. Jika tidak memiliki kesempatan mereka akan bertarung dalam jarak dekat (hand-to-hand combat). Kapal ini diberikan kepada Luffy kerana berjaya mengagalkan serangan dan rancangan Kapten kuro terhadap Desa Syrup dan untuk membunuh Kaya. 

Di pulau Drum, Wapol memakan sebahagian kapal ini. Beberapa bahagian kapal terpotong oleh anak buah Bellamy di pulau Jaya, tetapi setelah itu diperbaiki semula. Kapal Going Merry terlalu parah mendapat kerosakan selama berada di Skypiea, sayap yang baru dipasang hancur, tiangnya terbakar, dan beberapa bahagian mendapat kerosakan yang teruk. 

Kapal ini juga selamat dari terjun bebas ke bawah sepanjang 10.000 meter ketika mereka ingin pulang kembali ke Blue Sea dari langit Skypiea.

Sewaktu Luffy ingin menggantikan kapal ini dengan yang baru terjadilah perpecahan antara Luffy dengan ussop, kerana ussop tidak ingin menggunakan kapal baru malah ingin menggunakan kapal Going Merry walaupun mengetahui hakikatnya bahawa kapal tersebut tidak boleh lagi berlayar di lautan disebabkan mengalami kerosakan yang amat teruk. Lagi pun kapal tersebut adalah pemberian daripada KAYA yang merupakan kawan kepada Ussop

Dengan pertengkaran itu, Ussop memberitahu bahawa dia akan menarik diri keluar dari ahli kapal jika pertukaran kapal berlaku. Namun Luffy tetap dengan pendiriannya di mana Luffy tetap akan menukarkankan kapal tersebut dengan kapal baru. Setelah berlaku peristiwa untuk menyelamatkan Robin di Enies Lobby, Going Merry digunakan oleh ahli kumpulan jerami sebagai tugas yang terakhir dan setelah berakhirnya, mereka memutuskan untuk menggunakan kapal baru buat Franky, iaitu Thousand Sunny.



Ini adalah video semasa pembakaran kapal Going Merry setelah tidak mampu lagi berlayar.

Dunia One Piece dilitupi dua lautan luas, yang dibahagi oleh sebuah pergunungan besar yang digelar Red Line. 
Grand Line ialah bahagian laut yang serenjang dengan Red Line, lagi membahagikan lautan tersebut menjadi empat laut: Laut Utara, Laut Timur, Laut Selatan dan Laut Barat (North Blue, East Blue, South Blue, West Blue). Di sekeliling Grand Line adalah kawasan yang dipanggil Calm Belts, yang mengalami hampir tiada angin dan arus laut dan menjadi tempat pembiakan makhluk air yang besar yang digelar Sea Kings. Oleh itu, ia menjadi halangan efektif untuk mereka yang ingin memasuki Grand Line.



Watak utama dalam One Piece ialah kumpulan Lanun Topi Jerami, kumpulan lanun yang setakat ini terdiri daripada sembilan orang.

















Klik Nama-Nama Dekat Bawah Untuk Baca Profil Watak One Piece:

















Toei telah membuat 11 movie, dan semuanya diterbitkan setiap musim semi di Jepun sejak tahun 2000. Semua movie dibuat dengan profesional, dan dengan tingkat grafik yang lebih tinggi dari tayangan mingguan biasanya. Movie tersebut juga memiliki plot tersendiri, dan jauh dari cerita One Piece yang sebenarnya (non-canon), Antara Movie - movie tersebut adalah seperti senarai di bawah, iaitu :


JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v

06 March 2012 3 Pengomen Terbaik

Ruang Sepi

Memulai bicara yang lurus
Di jaring - jaring kegusaran 
Mencengkam, terikat, merentap
Semangat diri hati nurani.
Rasa ingin naluri berwarna putih
Kini kelabu tercarik terengsot oleh realiti
Hama - hama yang bersemai di dunia
Menunaskan benci dengki lalu amarah
Bahu ini terlalu kecil untuk terbeban.


Bicara ini entah bila ber"koma"
Bila noktah ceritera kita tak menentu
Yakin janji pegangan harapan suci
Mengalir di alur - alur darah jasad ini
Bahagiamu hasrat kita bersama
Tapi aku selalu terbuai angan dan ilusi
Mencapai impian yang mungkin mimpi cuma
Angin bertiup dingin mengaburi bintang.


Perlahan langkah ini semakin berat
Menyusuri erti di dunia kejam ini
Garis - garis hidup ini kalut
Berpaksi diri kita berirama
Mencipta kisah yang berbeza
Kita bersama, melalui dengan tabah
Senyum mu semakin menguntum di hati ini
Tabah mu bagai kita sedarah sedaging
Kau beri ku impi dan harapan yang berkait
Mengisi ruang-ruang yang sepi ini
Dengan redha, moga masa memberi ruang
Semoga diredhai NYA..


JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v

05 March 2012 0 Pengomen Terbaik

Bersendirian Di Taman Permainan

Bersendirian di taman permainan...
Merenungi langit di atas,
Berarak mendung kelabu terlukis,
Mungkinkah hujan akan turun
Membasahi seluruh taman ini,
Pasti hujan akan turun,
Ungkapan naluri.
Ya, mungkin...


Bersendirian di taman permainan...
Pelbagai ramuan cerita lama bertandang,
Sayu hati menguraikan satu demi satu,
Hilang, terlupa , terukir semula.
Hadir, ada, timbul, wujud,
Tak ku duga menjelma,
Ya, realitinya...


Bersendirian di taman permainan...
Tubuh menikmati bisikan angin, singgah.
Menyelimuti kehangatan, dingin terasa,
Seakan memahami aku di sini,
Sepi, pedih, sedih, apa lagi,
tertawakanku dalam jeritan ilusi,
Meraung,
Ya, mungkin.


Bersendirian di taman permainan...
Fikiran menyapa hati, tiba - tiba,
Bertanya sejuta persoalan,
Tersentak kaku membeku, aku,
Hadirnya keliru, itu pasti,
Susah berteman sukar, terdiam,
Mencari setiap jawapan, kelam,
Tergamam, terangsang, mengeletar,
Binggung,
Ya,Realitinya...


Sendirian di taman permainan...
Adanya gembira juga siksa,
Lakaran kenangan terhapus ingin dilupa,
Tertera kesan tertikam sengsara,
Datanglah sekali sekala,gambarkan,
Aku rela meski terpaksa, terima,
Jika kerap, lahirnya derita
Saat kau ada, jelang pengajaran,
Iktibar, petunjuk jalan ke arah
Kematangan,
Ya, realitiinya...


Sendirian di taman permainan...
Ku tinggalkan, melangkah pulang,
Taman itu dijadikan satu persinggahan
Mengimbas kenangan,
Akan ku lupakan saat tadi, nanti,
Akan datang kembali lagi,
Bila ingin mengungkit cerita itu,
Jika langkahan kaki mengizinkan
Aku pasti kembali,
Ya, pasti...


JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v

0 Pengomen Terbaik

Warna Warni

Lingkaran hidup yang keliru
Di saat Pagi yang hening
Menjajahi hati diselimuti mimpi
Membakar dingin dari semalam
Seakan wira bersama srikandi
Mereka takkan telerai, 
Terus keliru.

Medan hidup ini, berwarna-warni
Ada sedih yang tak berakar lilit
Ada gembira yang tak bertunjang dalam
Bercorak di garisan masa
Berdaun di suatu ketika nanti
Sabar, ia akan berbunga warna-warni

Kebencian selalu memperdaya diri
Dengki acap kali mendustai akal
Kesombongan terlalu kita jadi sendiri
Hina akan terbit, menyucuk naluri
Kitalah yang membakar kebahagian.
Petang nanti, 
semoga di rahmat ilahi...


JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v

04 March 2012 0 Pengomen Terbaik

Di Hujung Sana



Satu rasa yang akan abadi
Bagai titisan embun di keladi
Sungguh suci lalu terasing
Mengalir ke dahan yang murni
Ku ingin tulis rasa ini padamu.
Mengakari hidup mu, mungkin....
Ia akn dewasa, 
Berbenih ikhlas


Mengaliri denai yang sulit
Tunggal dan tersendiri.
Mencari destinasi untuk esok
Tapi, ia sengsara di mamah suria
Panas, terbakar terbara tercabar
Persis pelangi di malam hari
Sepasang hujan di saat semalam
Tidak akan ku lari di meninggalkn hujan 
Nanti,. tunggu aku di hujung sana
Pasti, moga kita diredhai tuhan...


JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v

0 Pengomen Terbaik

Ingin



Aku terus di malam hari
Untuk apa lagi
Mahu melupa segala
Berlalu hambar sia-sia
Kalau detik waktu 
Bisa tunggu saat ku
Pasti esok subuh kan ku jelang..


Aku pergi untuk
Melihat atas di luar
Menatap langit di atas awan
Mengagak bintang yang kelam
Mencari sinar yang indah
Untuk apa lagi
Hati ku ingin mengulanginya
Naluri ku terarah padanya
Malam terlalu tersirat untuk ku diamkan..


JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v

03 March 2012 0 Pengomen Terbaik

Peningkatan Orang Luar Untuk Pembantu Rumah Di Beijing



BEIJING - Permintaan untuk perkhidmatan-perkhidmatan rumah dari orang luar di China meningkat kerana satu penambahan bilangan telah datang kerja dan hidup dalam negara, terutamanya di bandar-bandar besar.

Sekitar 600,000 orang luar telah hidup di tanah besar China pada akhir 2010, dan kira-kira 231,700 mereka mempunyai permit kerja, menurut banci negara terbaru dan Ministry of Human Resources and Social Security.

Samina Hasan ialah dari Pakistan dan kerja-kerja di satu organisasi antarabangsa di Beijing. Dia menyewa satu pembantu rumah Cina berumur 37 tahun yang telah bekerja untuk keluarganya selama tiga tahun.

"Dia buat mencuci dan membasuh di rumah saya dan kadang-kadang memasak untuk saya dan suami saya. Dia mengetahui agak baik tentang tabiat-tabiat kita dan hari-hari istimewa makna keagamaan kami," katanya.
Hasan berkata dia menggunakan bahasa isyarat berkomunikasi dengan pembantu.

"Saya rasa kita boleh berkomunikasi lebih baik jika saya bercakap Cina lebih baik dan dia bercakap lebih Inggeris. Tetapi ia bukan satu masalah."

Hasan berkata hampir semua expats dia mengetahui di Beijing memerlukan pembantu rumah. Shi Bohong, pengurus besar "Rikang Home Service Company" di Beijing, kata firmanya menyediakan perkhidmatan bagi lebih daripada 20 keluarga-keluarga orang luar.

Shi kata kebanyakan daripada pelanggan-pelanggannya ialah pekerja-pekerja di kedutaan-kedutaan yang meminta pembantu rumah pergi ke rumah mereka dalam awal pagi membuat sarapan dan kemudian buat beberapa kerja-kerja rutin dan cucian sehingga mereka datang balik ke rumah pada 5 atau 6 pm pada waktu petang.

Pembantu rumah boleh juga diminta untuk menjaga seorang bayi, katanya. Sekitar 1,000 pembantu rumah daftar dengan Shi firma tetapi hanya sekitar 40 mereka boleh bercakap Inggeris fasih.

Di Shanghai, apabila bandar raya terima rakyat semakin bertambah dari luar negara, pelanggan-pelanggan dengan pelbagai latar belakang mungkin berubah-ubah dalam keperluan khusus, kata Xiao Weiping, ahli kakitangan pengurusan dalam Shanghai Ren Ren Housekeeping.

"Rakyat dari Jepun dan Singapura mahu rumah mereka mempertahankan putih bersih, rakyat Jerman menjangka pembantu rumah melakukan kerja rumah berikutan arahan ketat dan rakyat dari Hong Kong secara relatif merupakan cerewet tentang makanan," katanya.

Untuk membuat pembantu-pembantu bertemu yang tuntutan-tuntutan, Xiao kata syarikatnya melatih pekerja-pekerja bercakap Bahasa Inggeris asas, memasak makanan eksotik, induk menggosok kemahiran-kemahiran dan gunakan peralatan elektrik diimport.

Hasilnya, satu pembantu rumah biasanya mendakwa 30 hingga 50 peratus lebih untuk pelanggan-pelanggan luar negara daripada keluarga-keluarga tempatan, kata Zhang Zhiliang, pengurus syarikat perkhidmatan domestik di Shanghai.

Satu pembantu rumah nama keluarga Yuan kata dia telah bekerja untuk sebuah keluarga Singapura dengan empat anak di Shanghai untuk lebih daripada tujuh tahun.

"Saya bergaul dengan begitu baik bersama-sama keluarga itu , dan gaji saya telah dibesarkan dari 1,800 yuan ($286) satu bulan dalam 2003 untuk 4,000 yuan sekarang," dikatakan Yuan, 40, dari wilayah Anhui.

Beberapa suara orang luar mereka kadang-kadang bertemu percanggahan dengan pembantu-pembantu kerana perbezaan dalam budaya atau gaya hidup.

Shi dari Beijing Rikang Home Service Company kata lebih banyak keluarga-keluarga expat sekarang mencari pengurus rumah ideal, daripada hanya seorang pencuci.

"Kami sering menerima panggilan dari pelanggan-pelanggan luar negara yang memerlukan seorang pengurus rumah yang bertutur bahasa Inggeris dengan lancar, mempunyai latar belakang pendidikan baik, perjalanan dan tukang-tukang masak , dan mengetahui persiapan parti, gubahan bunga serta pendidikan keluarga," katanya.

Seorang pengurus rumah yang berjumpa syarat-syarat akan mendapat membayar 12,000 yuan satu bulan, tetapi tiada siapa dalam syarikatnya dilayakkan untuk pekerjaan itu, kata Shi.

Wang Xinshan, seorang profesor di Wuhan University, kata itu kerana China menjadi lebih terbuka bagi dunia, lebih banyak keluarga-keluarga asing di bandar-bandar besar seperti Beijing dan Shanghai mempunyai tuntutan-tuntutan untuk perkhidmatan domestik canggih yang tidak cukup.

Terdapat hanya satu sekolah vokasional khusus dalam negara yang melatih pembantu rumah profesional, Wang berkata.

"Institusi-institusi lebih mengkhususkan , dan di pelajaran tinggi tahap, sepatutnya ditubuhkan untuk melatih lebih banyak profesional-profesional perkhidmatan rumah," Wang berkata.

SUMBER DARI CHINA DAILY


JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v

02 March 2012 0 Pengomen Terbaik

Naluri


Tangan ini menaip lagi
Memulai bicara maya
Aarrgh.....
Kosong...
Hambar...
Hampas...
Hilang...
Tidak mampu ku terusinya lagi
Tiada ilham di benakku
Kau rampas dia dariku
Namun.. 
Aku bahagia
Kau yang memilikinya kini
Yang bisa ku andaikan
Yang impi ku mimpikn
Yang pilu kau hilangkan
Yang cinta kau bibitkan
Dari semua yang berlalu
Seakan bintang yang teguh
Menyinar untuk kau beri ilham
Untuk ku memberi rasa terpendam
Kita dalam pada semuanya
Nanti pulangkan padaku
Bila hari-hari kita kongsi bersama
Semoga kita diredhai Allah...



JANGAN SHY-SHY CAT UNTUK MENGOMEN (^_^)v







Blogged.my Checkpagerank.net Blogged.my blogr.my My Ping in TotalPing.com My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Ping your blog, website, or RSS feed for Free
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;